Pages

nuffnang x

Tuesday, September 29, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest


"..mama kimi tak nk pakai baju raya..huuuwaaaaaaa"

Name: Harith Hakimi bin Mohd Nazir
Year: 1 Year 4 months
Sex: Boy

Tahun ni hakimi beraya dengan baju hijaunyer..sbb mama dh biasa pakaikan singlet utk kimi bila sarung baju melayu kimi rasa rimas..nangis2..kena kejar satu umah..lagi ler bila pakaikan sampin..lagi ler kimi menjerit..dan disebabkan ituler tahun ini mama tak belikan kimi songkok..bukanya blh duduk diam..topi pon tak nk pakai apatah lagi songkok..sila le lihat walkie-talkie di tangan kirinya..lepas geram nangis walkie-talkie itu selamat dicampaknyer

ok contest ini daripada tuan rumah babyibu hadiah-hadiah dia mama suker..so mari lihat sapa penajanya

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

contest dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori A utk baby bog mcm kimi dan kategori B untuk baby gal

Wednesday, September 16, 2009

bila ku pejam mata nampak bintang2 di langit

bintang di langit berkelip engkau di sana..yer begitulah keadaannya..tambah skit kesan bunyi..toooiinnggg..haaarrggghhh..mengapa begitu complicated dan details nyer semua research-research mereka ini..membuatkan kepalaku semakin berdenyut-denyut..ya allah permudahkanlah semua urusan ku amin..


Friday, September 11, 2009



pening pala jugakkan bile nk kira zakat pendapatan nih..tp insya Allah akan mama cuba juga usahakan selewat-lewatnya minggu ni..kepada semua bloggers marilah kita menunaikan rukun islam yang kelima..kalau tak dpt pergi ke pusat zakat pon blh wat online
Add Image

Thursday, September 10, 2009

atuk pergi buat selama-lamanya.. al-fatihah

6 september yang lepas arwah atok pegi untuk meninggalkan kami buat selama-lamanya..mama dan abah redha dengan pemergianya..semoga rohnya dicucuhri rahmat amin..

yes..itulah buat kali pertama mama mengadap pemergian hambaNya secara live...tepat pukul 7.15 petang takala semua orang sedang sibuk dengan persiapan juadah berbuka atuk pergi buat selama-lamanya..hmm dlm masa setahun abah hilang 2 orang yg disayangi..arwah emak (pada hari raya kelima tahun lepas) dan arwah atuk...utk pengetahuan sumer..my hubby telah dibesarkan oleh atuk dan opahnya selama ini..so mmg terasa sgt2 ler bila arwah atuknyer dh takder..bg abah..atuk dan opah tu adalah ibu dan ayahnyer..cm ner mama sayangkan en seleman dan pn yang chek cam gituler abah sayangkan atuk dan opah.

k sambung citer...alhamdulillah kami sempat balik jenguk atuk dikampung pada hari sabtu lepas..berbuka puasa pada hari sebelumnya..awal pagi ahad atuk mula taknk makan..ooo luper citer atuk sebelum ni mmg dh terlantar sbb sakit tua..selepas beberapa kali masih lagi enggan utk menelan makanan..atuk mula sukar untuk bernafas..semuanya berlaku seawal pukul 9 pagi..bila tengok dada atuk yang kurus itu..jelas nampak kesukarannya utk bernafas..semua itu ketentuan Allah..anak-anak dan cucu yang datang hanya mampu utk membacakan yasin buatnya..

buat beberapa kali mama merasa tapak kaki atuk yang sejuk sekali walaupun telah diselimutkan dengan beberapa helai selimut..berdetak dlm hati mama kenapa sejuk sekali sedangkan rumah kg yg beratapkan zink dengan matahari pukul 2 petang sememangnya akan menghangatkan lagi suhu..ditambah pulak dengan 3 helai selimut..

sesekali dlm kepayahan atuk tertidur dan sesekali matanya merenung jauh..hmmm..kali ni tiada lagi suara dari mulutnya..mungkin petanda sudah hampir...dalam pukul 6 petang..sekali lagi mama terdetik..sejuk tapak kaki atuk dh sampai ke buku lali..hmm apa yg mama blh lakukan hanyalah berdoa dan membacakan yasin buat atuk..masih jelas lagi acu mengajarnya mengucap sambil mengusap2 kepala atuk..dan apa yg mama ingat..selesai sahaja mama baca doa yasin mama dh tak nampak lagi dada atuk turun naik...lantas bangun dan panggil abah utk duduk gantikan tempat mama disebelah atuk..ya..atuk dh pergi buat selama-lamanya..sekali lagi mama doakan semoga rohnya dicuhcuri rahmat.. al-fatihah

Friday, September 04, 2009

finally terpilih jugak sbg top 3


berikut adalah comment daripada zieha
"Gaya tido yang bersahaja..
Menarik minat untuk memilih ialah
gaya baby yang berpeluk tubuh ini..
nampak serius jek...dalam tido pun leh serius erkk..hehehe
yang sebelah baby tu,,mmg tido betul..tak nampak macam buat2 tido"

alhamdulillah...walaupun tak dpt 1st prize tapi dapat gak adiah misteri utk gamba kimi dan maksu yg candid ini..awe..po kono plak ekau yg nk share..patut eh athirah yg dapek..kalu minah tu nengok gambo tdo yang buwuk ini gerenti malu nyooo...





Thursday, September 03, 2009

top 10


see...finally gambar kimi dan maksu terpilih sbg top 10 candid giveaway contest..hopefully ader harapan ler nk menang ek..

Wednesday, September 02, 2009

minta perhatian

surat pekeliling dh pon keluar...



sila baca dengan teliti perkataan yang berada dalam kotak hijau itew dengan baik-baik dan jelas yer..kalau tak nampak gak meh sni aku bagi tau..' influenza A boleh menyebabkan severe pneumonia'....baca bebaik..boleh menyebabkan..



source: OUM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails