Pages

nuffnang x

Tuesday, July 14, 2009

Gerhana matahari 22 Julai 2009

Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."


Lokasi yang menjadi laluan gerhana penuh boleh dilihat pada rajah di bawah. Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia.



Untuk memudahkan anda memerhatikan fenomena gerhana ini, jadual detik berlakunya fenomena gerhana bagi bandar-bandar utama di Malaysia telah disediakan. Sila lihat Lampiran A.

Lampiran A: Jadual Detik Berlaku Gerhana Bandar-Bandar Utama Di Malaysia

Dari Kuala Terengganu, formasi gerhana (13% maksimum) adalah seperti rajah berikut:-



Pastikan anda mengetahui cara selamat melihat gerhana matahari, seperti berikut:

1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen
2. Menggunakan penebat aluminium mylar
3. Menggunakan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses. Filem yang telah terdedah dan diproses akan menghasilkan lapisan perak yang melindungi mata daripada bahaya cahaya matahari.
4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari
5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan.



6. Menggunakan kamera lubang jarum
7. Paling tidak, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Anda mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai/dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut. Anda mungkin temui sesuatu yang menarik.

Insya Allah.

Rujukan:

Bill Kramer (1999-2009).TSE 22 July 2009.Online:http://www.eclipse-chasers.com/tse2009.html (10 Jun 2009)

Xavier M. Jubier (1991-2009).Solar Eclipse Calculator.Online:http://xjubier.free.fr/en/site_pages/SolarEclipseCalculator.html (10 Jun 2009)

credit to Unit Falak Uni Darul Iman M'sia

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails