Pages

nuffnang x

Wednesday, October 13, 2010

Atuk as a pesakit cancer yg tegar

1st time atuk disahkan menghidap cancer selepas dia buat rawatan di kpj Ipoh dalam tahun 2006..waktu tu saya muda lagi dan sekarang pon muda lagi tau (eceee)..Lepas disahkan menghidap  laryngeal cancer (cancer tekak) - stage 4b atuk dikehendaki buat rawatan susulan dekat hospital teluk intan..lepas tu ditolak pulak ke HKL utk buat radiotherapy..

disebabkan laryngeal cancer berhampiran dengan muka dan otak..sebelum buat rawatan radiotherapy patient kena buat acuan muka dahulu..sebenarnya acuan kepala..macam pakai mask la kononnya..kena pakai sampai habis rawatan..tapi masa rawatan semua dibuat di hospital lain sebab mesin kat HKL rosak 

atuk kata time tu semua orang yg buat rawatan semuanyer mati..dia jek belum lagi..sakit dia lagi sama dengan chemotherapy 

Stage 4 (source: cancer help)
This means the cancer is advanced. But unlike many other types of cancer, stage 4 laryngeal cancer does not necessarily mean the cancer has spread to another part of the body. There are 3 different subgroups to stage 4 - 4a, 4b and 4c.
4b means that the cancer has spread to at least one lymph node that is more than 6cm across.
Doktor anggarkan atuk ada 6 bulan jek lagi..lepas habis buat rawatan ada lagi rawatan susulan..nak tengok cell cancer tu merebak ke tidak..so dengan kuasa Allah atuk survive 6 bulan itu dan diteruskan kepada tahun 2008..tapi disebabkan cancer yg ada atuk keluar masuk hospital banyak kali..makan ubat itu dan ini termasuklah macam2 rawatan moden dan tradisional..

2008 atuk kata dia nak pergi umrah..dengan keadaan kurang berupaya atuk pergi buat umrah dengan ditemankan An (cucunya)..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..berdasarkan nasihat doktor atuk tidak perlu lagi buat radiotherapy disebabkan usia yg dh lanjut..lagi pon tubuh tua tu tak dapat lagi nak tampung semua kesakitan radiotherapy dan sekali lagi doktor kata tiada harapan dan hanya menunggu masa..

cell cancer cepat merebak dalam beberapa bulan bengkak di tengkok makin lama makin kelihatan..sekali pandang macam orang beguk..cuba tengok gambar umrah 2008 tu baru early stage..sekali pandang nampak macam bengkak lebam tapi sebenarnya bengkak tu sekeras tulang lutut..


dan sekali lagi dengan kuasa Allah atuk survive untuk tahun 2008..awal tahun 2009 sekali lagi kesihatan tak berapa mengizinkan..termasuk jugak la dengan sakit tua..berjalan perlukan bantuan tongkat..beberapa tapak perlu berehat..tapi atuk kan askar pencen kekadang tu degil kan main..tak mo pegang..nak jalan sendiri..tapi atuk teruskan jugak tahun 2009 walaupun selalu complain sakit kat tekak..doktor hanya mampu bagi ubat tahan sakit..dan beberapa jenis ubat yg lain utk atuk survive bagi hari2 berikutnya 


Penghujung tahhun 2009 kesihatan atuk semakin tidak mengizinkan lagi untuk dia berjalan jauh..tongkat pon tidak membantu dan atuk bergerak dengan bantuan kerusi roda..disebabkan laryngeal cancer atuk tak berapa lalu nak makan..dan benda pertama yang dia attack adalah peti suara..nak bercakap pon sakit..nak telan makanan pon sakit..telinga asyik berdengung..dan macam biasa doktor hanya boleh bagi ubat untuk mengurangkan sakit..disebabkan tiada selera makan..tubuh tua itu makin lama makin mengurus..dan dengan kuasa Allah atuk survive untuk tahun 2009

cuma pada penghujung tahun 2009 atuk mula menggunakan kerusi roda...kali ni nampak betul2 tak larat..tapi sekali sekala atuk boleh berdiri cuma tak lama..


pertengahan tahun 2010..atuk mula keluar masuk ke hospital..selepas may 2010 beberapa perubahan mendadak berlaku..cell cancer mula take over..bibir mula membengkak..tengkok dan muka mula membengkak..time ni memang sedeih kalau tengok..muka mula mengembang seakan-akan sebiji belon dengan badan yang kurus kering..telinga mula tidak dengar..tekak dh tak berapa nak makan..berdiri pon perlu dipapah

ada masa muka atuk membesar sebesar belon..ada masa bengkak mula surut..ogos 2010 atuk makin kelihatan semakin uzur..ingatan semakin pudar.. mild alzheimer mula menjengah..sesekali dia terlupa siapa yang berdiri dekat depan dia..penglihatan semakin pudar..atuk hanya boleh melihat hanya jika kelopak matanya diangkat oleh tangan.

3 oktober 2010 kali terakhir datang melihat atuk..atuk kata..nana atuk lapar..atuk belum makan..dia nak makan biskut lapis yang ada inti..puas kami fikir biskut aper yg ada inti..tapi kata 'helper' atuk baru jek minum susu..baru jek beri makan..sekali lagi atuk minum susu tapi guna straw..memang nampak susah nak minum..dan sekali 
lagi atuk kata.." nana..potongkan misai atuk..ni "..disebabkan saya tak pernah ada misai jadi tugas itu diserahkan kepada incik toy.. lepas siap atuk kata lagi .." aik..dah siap ker kenapa tak abis ni ..ader lagi.." atuk suruh potong semua kasi licin..takder lagi misai tajam2 takder lagi janggut di dagu.. (gambar hari Ahad tak sempat utk diupload)

5 oktober 2010 abg cik take over mandikan atuk..atuk taknak mandi 3-4 hari sebelumnya..atuk kata sejuk sangat macam mana nak mandi..mandi air panas pon atuk tak nak..

6 oktober 2010 11.30am - atuk pergi menghadap illlahi buat selama-lamanya

mujur sempat sampai di kawasan kubur waktu tu.. atuk baru dingerengkan dalam liang lahad..sempat tengok muka dia buat kali terakhir..terlalu bersih..takder lagi bengkak cancer..takder lagi bibir keras yang terjuih..takder lagi cell cancer di tengkok semuanya kembali seperti sedia kala..mak itam kata bengkak mula menyusut sejak awal pagi tadi..atuk pergi seperti sedia kala..atuk pergi buat selama-lamanya..4 tahun mengharung cancer yang memang terlalu sakit kalau nk dilihat dengan mata ini..4 tahun juga atuk sebagai seorang pesakit cancer yg tegar..al-fatihah buat atuk lelaki dan perempuan

4 comments:

antuawe said...

kan aku ade sent gamba latest atuk. 2ari sebelum meninggal.

atoyissan said...

tak blh trasfer kat laptop

atoyissan said...

email kat aku blk

Anonymous said...

Looks like you are an expert in this field, you really got some great points there, thanks.

- Robson

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails