Pages

nuffnang x

Friday, October 01, 2010

resepi strawberry scone sama macam kat barath cameron highland

lately asyik post entry resepi jek kan..tapi takpe sebab semuanya saya dah cuba kecuali takoyaki tu jek..insya allah dh try nnti blh post gamba..

kalau dekat cameron valley bharat tu harga satu set strawberry scone RM12..ada la dalam 2 ketul scone jek yg dpt makan tapi untuk penggemar scone harga itu adalah tidak munasabah mahu pun munasarawak..RM12 tu saya blh buat lebih daripada 20 biji scone tau..nak resepi blh2..sila-sila..jangan rebut2

-bancuhan di bawah blh dapat dlm 10 biji scone sederhana besar

2 cawan tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
1/4 cawan gula* (dinasihatkan supaya mesin sampai halus dulu yer)
1 sudu teh garam*
1 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
mentega atau buttercup (kalau buttercup yg 250g tu pakai 1/3 daripadanya jek utk mentega blh guna dlm 100g)
susu segar (pakai 1 cawan jek macam tu)

gaulkan semua bahan * sehingga sebati
potong mentega/buttercup sampai jadi dadu kecil2 (mentega/buttercup tu mesti sejuk tau)
campurkan mentega dengan semua bahan * dan gaul sampai dia jadi macam serbuk roti berderai jek satu2
pukul telur pelan2 letakkan esen vanila dan campur dalam bahan *
gaul sampai sebati dan letak susu segar sedikit demi sedikit sampailah blh doh blh diuli..hati2 letak susu sebab kalau terlebih susu dia melekit/cair sgt
dah siap blh bentukkan bulat2 kecil2 (kalau ikut bulat2 saya dpt dlm 10 scone)
susun atas dulang bakar
ambik kuning telur dan campurkan dengan susu segar tadi dan kacau sampai sebati
dah sebati sapu dekat atas doh yang dah disusun atas dulang bakar untuk dptkan warna keemasan yang cantik

ok bakar dlm suhu 190 tunggu dalam 12-15 minit..bila bahagian atas tu nampak merekah2 maknanya dah ready nak dimakan la tu..test dulu dengan lidi tengok melekat tak klu tak blh la ngap terus


yang ni baru keluar dari oven fresh dan panas lagi

biasanya scone kenalah makan dengan air teh kan jadi aper lagi silalah buat air teh untuk minum petang sekali

jadi jangan lupa hidangkan scone anda dengan jem strawberry, whipped cream dan juga sedikit butter bau dia wangi jek..lagi sedap makan time hujan2..utk mereka yang takde jem strawberry cameron highland tu blh beli lady choice nyer brand..lebih kurang jugak..bln nampak buah strawberry dia seketul2

tapi kalau buat dekat rumah tak bape jalan la..saya sorang jek la dok mencekik siang malam yang lain tak bape makan scone ni..apak kimi rasa satu gigit jek..sib baik rasa kalau tak saya yg gigit dia..kimi plak makan 1-2 jek yg lain bagi orang sebelah..

so esok nak buatkan utk emak..hari tu emak ayah kata nak scone..awe kalau ko nak rasa gak weekend nih balik tg

till then..




2 comments:

Anonymous said...

You made some excellent points there. I did a search about the subject and barely got any specific details on other sites, but then great to be here, seriously, appreciate that.

- Lucas

ZR said...

eh..eh... menarik pula..scone nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails