Pages

nuffnang x

Friday, March 04, 2011

saya mahu SEMUA ORANG TAHU YANG MAMA PON MAMPU MENGGENGGAM SEGULUNG PHD dari blog ATOYIS-SAN

Bila lihat anak membesar di depan mata, semua ibu akan mula risau terutamanya yang melibatkan aspek pendidikan dan kesihatan. Ibu mana yang nakkan anak sendiri tersungkur di tengah jalan. Wahai semua ibu diluar sana, jangan risau atau berkecil hati jika anak anda tidak secerdik anak-anak yang lain dari segi akademik kerana setiap anak ada bahagian mereka masing-masing.

Tettt..saya mahu SEMUA ORANG TAHU YANG MAMA PON MAMPU MENGGENGGAM SEGULUNG PHD dari blog ATOYIS-SAN

apa kaitannya..semuanya bermula begini walaupun subjek sains saya semasa SPM tak dapat keputusan yang secemerlang-cemerlangnya tapi saya berjaya dapat tempat di asasi UM..time ni adalah sedikit sedih sebabnya saya tak biasa duduk jauh dengan family (adakah dikategori sebagai anak manja?) tapi pusat asasi memang satu tempat yg mengajar saya segala-galanya..tertutamanya realiti bahawa bukan semua org yang cemerlang dari segi akademik mampu untuk berjaya.

walaupun sepanjang di asasi saya telah berjaya membelah beberapa ekor tikus (betapa busuknyer ko encik tikus..serious bau dia busyuk giler)..meletupkan beberapa balang tabung uji..(yer saya tidak berapa suka melakukan uji kaji kimia sebab saya amat cuak bila tengok setiap sebatian membuak2 macam nak terkeluar dari tabung uji setiap kali saya buat uji kaji kimia..lagi part yang saya paling tak suka adalah mengendalikan bahan2 kimia yang mudah terbakar sebab hampir2 jek mejaku terbakar waktu tu..plus kalau buat slack mesti akan mendapat pandangan yg amat sukar dari encik moderator)..dan juga berjaya pergi ke lab fizik tanpa membaca buku amali..apakah?? ini yang paling saya tak boleh blah..apakah yg saya dok fikirkan waktu itu..adik-adik sekalian sila jangan tiru contoh-contoh di atas yer..

hahahah..betapa menggelupurnyer semasa di asasi..pernah sekali dapat ujian fizik dengan markah 16% (time ni saya bayangkan kalau la saya seorang engineer mesti mau runtuh bangunan tu kalau saya yg bina)..masuk 2nd semester pulak org kata alah bisa tegal biasa..walaupun saya masih lagi dengan keadaan selambanyer masuk lab fizik tanpa baca buku amali tapi saya berjaya kaber line dengan hanya mendapatkan result lulus sahaja utk subjek fizik..huhuhu..pening pala waktu tu..patut pon saya ni tak ditakdirkan utk jadi seorang engineer..

walaupun saya sukar mendengar bunyi tabung uji yang asyik berlaga dalam lab kimia tu (part ni musykil apsal org lain buat ujikaji semuanya ok time aku jek tabung uji tu cam nk meletup plak) tapi utk 2nd semester tu saya manage utk dptkan ujian bulanan dengan full mark (time ni mmg terkejut beruk siap tengok sepoloh kali lagi betul ke idak ni)..setelah insiden itu saya mula tersedar..walaupun saya tak berapa pandai tapi dengan berkat usaha dan tawakal insya allah kita masih lagi boleh berjaya..betull

jadi disebabkan CGPA yang tak berapa nk cantik jadi saya tak berjaya utk ke fakulti perubatan..walaupun saya tak berjaya untuk jadi seorang doctor tetapi semenjak 5 tahun yang lepas (yang sebenarnya setelah dipaksa oleh pihak fakulti untuk mendapatkan jugak..phd..paksa rela..tau..tak rela i) saya mula menanam dalam hati ini untuk mendapatkan phd..

saya lebih bersemangat bila emak kata "emak bangga dengan along" takala emak menyerahkan bunga dekat saya masa saya konvo master dulu..hati ini semakin berbunga-bunga

walaupun kini saya masih terlalu sibuk menguruskan rumah dan tangga plus suami dan anak, saya masih lagi mahu memperjuangkan semua yang saya mulakan pada akhir tahun 2008 dulu..walaupun tiap kali saya nak memulakan research kimi akan merengek nk omen..nk omen..atau pun mama nk ushu..ataupun mama kimi yak ataupun mama kimi nk main ball..tapi saya akan tetap mengingati insiden paper kimia saya..dengan usaha dan tawakal insya allah akan berjaya juga satu hari nanti..

PERINGATAN!!!
jadi sekiranya anak anda bukanlah seorang yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam akademik apa yang perlu anda lakukan adalah tetapkan dalam diri mereka dengan usaha dan tawakal insya allah mereka juga mampu berjaya

AMARAN!!!
Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. SertaiBengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

7 comments:

yatie chomeyl said...

kita serupaaaaaaaa...masa skolah buannya cemerlang sgt, tp alhamdulillah di beri rezeki & peluang utk smbng bljr. maka marilah sama2 kita berusaha dptkan phd yg di idam2kan itu

atoyissan said...

amin..gambatte kudasai

♥MAMASYAZA♥ said...

akak tak cemerlang, setakat diploma ja, rasa rugi bila tak sambung degree, sbb cgpa bagus, menyesalllll, tergedik nak kawin kot time tu

atoyissan said...

takpe kak kalau ada rezeki dh kawin pon blh sambung..cuma kudrat jek tak sama cam dolu2..sebab sekarang ni umor dh nk cecah hujung 20-an (walaupun terasa muda lagi..eceeeeh)

nur said...

kerajinan dan ketabahan yang penting..JOM KE: ALL IN ONE
good luck

atoyissan said...

tq nur

Nurdiyana Yaccob said...

hai...jom kita mulakan perjuangan utk dptkn ipad mysuperkids...

kita satu kumpulan (kumpulan D)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails