Pages

nuffnang x

Thursday, April 18, 2013

Guru adalah orang pertama yang akan masuk syurga dan guru jugalah orang pertama yang akan masuk neraka

tajuk punyalah panjang..

Tapi itulah hakikatnya..lepas tengok rancangan prof muhaya semalam teringat balik apa yg apak kimi kata..

"ma awak tak happy kan gi keje..abang tak pernah nampak awak happy kalau berkaitan dengan kerja.."

errr betul..seriously..aku pon tak perasan..bila tengok balik mmg aku tak happy gi keje..kerja adalah tanggungjawab..suke ke tak suke ke ko kena buat jugak sebab kalau tak buat dosa makan gaji buta masuk neraka..ha gittew mcm pantun..

mulai dari hari ini saat ini aku akan cuba untuk sukakan kerja ni..buat seikhlas yang mungkin..dulu tu bukan tak ikhlas tapi rasa gembira takde..kali cuba buat dengan ikhlas dan gembira..

setakat ni dengan student aku mmg fleksibel...ok korang nak masuk kelas lambat pon takpe aku tak kesah..janji datang kelas sign attandance..tu dh cukup jangan poteng sudah..lab mesti datang assignment buat..nak dtg lagi 15 minit abes lecture pon aku ok..janji datang..

prof muhaya kata cikgu adalah org pertama yang akan masuk syurga.. happy nya lah u all...tetiba dia ckp guru pon adalah org pertama masuk neraka...oOOoEMmmmGGG...contohnya

student sekarang banyak yang nak kena spoon feeding.. i dulu semua benda cari sendiri.. they all tak blh ke cari sendiri..OPPPPSSsssss

jangan ada sikap mcm tu..aku dulu pon selalu gak kena sound dgn lecturer cm tu..sampailah masa buat PhD pegi ke satu IPTA ni jumpa dengan sorang lecturer lelaki..aku tak paham satu topik tu bila tanya dia..terus dia suruh baca buku xxxx katanya kalau ada apa2 tak paham baca buku tu..aku bagi taulah yang aku dah baca cuma nak make sure betul ke tak apa yang aku paham..lagi sekali terus dia repeat ayat yang sama..huk aloh..sentap mak

next aku gi ke UIA jumpa prof Tengku..soalan yang sama gak aku tanya..baikjek prof tengku explain..semua benda mak nenek dia explain..cukup merangkui satu buku..sharing is caring..ilmu adalah untuk dikongsi dan bukan untuk disimpan..respect sgt2 dekat prof tengku sbb time tu dia bz tapi masih sanggup meluangkan masa utk aku...terharu...

moral: please su..tolong jagan ulang kesilapan Dr XXXXX dr U*M tu ok..ingat ilmu adalah untuk dikongsikan bukan untuk disimpan.

kata prof muhaya..lecturer yang suka sangat kata student suka spoon feeding ni sebenarnya tak cukup ilmu di dada untuk jawab pertanyaan student. thats why la sebelum kelas..sebelum bagi lecture ko kena study dulu..

next...jangan mengeluh dengan kerenah student dan bilangan student..ok part ni aku insaf..student 80 orang ke student 300 orang ke..saya terima dengan redha..coming soon student diploma 300 orang tskk..tskk...tskk...again..saya redha

next...jangan terlalu garang dengan student..

next..ingat setiap ilmu yang diajar ganjarannya pahala..tak kesah lah ajar asas IT pon..kalau ajar student tu word selama-lamanya pahala tu akan sampai ke kita selagi student tu amalkan apa yg kita ajar

next kata prof lagi guru ni orang akan ingat sampai mati..ni bukan prof muhaya jek cakap ayah aku pon cakap benda yang sama

apak kimi kata mungkin pekerjaan yang tebaik bagi mama adalah untuk belajar dan mengajar orang lain..

ye..saya redha dengan hati yg ikhlas

sekian


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails