Pages

nuffnang x

Tuesday, May 18, 2010

Filem 3-D tinggalkan kesan buruk?




Ni bukan filem 3D yg biasa tu ek..ni filem 3D yg kena pakai spec tu baru blh nampak effect dia..lagi pon saya mmg dh rabun..takder maknanya nk pakai spec tu kan..2 spec sekali harung..mengganggu giler tau


myMetro wrote:




Sebaliknya, filem berlabel 3-D walaupun lebih unik dan mempesonakan, 'terlalu berusaha' sangat untuk menonjolkan kepada mata kita bahawa segala-galanya perlu tampak 'sempurna' dan jelas. Namun, ia kena disokong dengan pemakaian kaca mata khas dan bukannya menggunakan pandangan mata secara semula jadi untuk tempoh yang lama di dalam pawagam. Ebert berkata lagi, mengikut kajian Dr Michael Rosenberg, profesor dari Northwestern University, visual 3-D boleh menambah tekanan kepada mental seseorang dan menyebabkan mereka mudah mendapat sakit kepala. Seorang lagi pakar ophthalmologi dan neurologi dari University of Rochester Medical Center, Dr Deborah Friedman berhujah, dalam pandangan normal, setiap sebelah mata kita akan melihat objek dari sudut berbeza. Katanya, apabila isyarat itu sampai ke otak, ia dengan sendirinya mewujudkan persepsi kedalaman (depth) secara semula jadi.
Namun perkara ini tidak berlaku apabila kita menonton filem 3-D, malah dalam satu kajian dan laporan, 15 peratus penonton mengakui mengalami sakit kepala dan tekanan pada mata sewaktu menonton filem 3-D. Kesan lain yang dicoretkan, filem 3-D lebih malap kerana kaca mata khas itu menyerap cahaya. Bagi saya inilah kesan buruk baiknya sesuatu teknologi kerana setiap satu benda dan perkara ada 'nilai harganya'. Kebimbangan Barat juga makin bertambah apabila set TV 3-D pula kini diperkenalkan di Las Vegas, baru-baru ini yang memungkinkan beberapa kesan sampingan.

atoyis-san wrote:

kan..kan..kan.. kalau diberi free pon mmg takmo tgk film 3-D..sebab baru 15 minit pala ni mesti berdenyut2 sakit..mmg dh agak dh ada side effect..tp naper orang lain tgk ok jek ek..


diulangi ..kalau diberi tiket free pon takmo tengok tau..poning palo den


4 comments:

JueHasrul said...

hahhahahaha...bes la 3D..kamo mcm akk sy,pning ble tgk 3D...sy pOn pning gak,tp kalu da lme sgt la..hehehehhee....

atoyissan said...

huhuhu..sume pening..baca buku dlm keta pon pening gak

nabilah_2908 said...

tgk picture tu pun dh pening..ni kn pula nk tgk movie..huhu..mau muntah ijau gak nnti...hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
LAUK MASIN = NAK KAHWIN

atoyissan said...

nabil: sure punya lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails