Pages

nuffnang x

Tuesday, May 11, 2010

koperal nafi sebab kematian (aminulrasyid)

sila jangan salahkan saya yer..saya hanya mengambil petikan daripada Harian Metro sahaja

Harian metro wrote:

Koperal nafi sebab kematian

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang memakai kemeja- T berwarna kuning dan oren serta berseluar jeans didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid dengan niat hendak menyebabkan kematian dan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh. Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, manakala tertuduh diwakili Salim Bashir. Terdahulu, Mohd Dasuki menawarkan jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh. Bagaimanapun dibantah Salim dengan alasan jumlah ikat jamin perlulah berpatutan dan mengikut budi bicara mahkamah. “Tertuduh mempunyai pendapatan RM3,000 manakala isterinya seorang guru berpendapatan RM1,800. Saya mohon mahkamah mengambil kira keadaan tertuduh mempunyai tiga anak masih kecil,” kata Salim. Menurutnya, keluarga Jenain mampu membayar wang jaminan RM6,000 hingga RM7,000 saja dan berhujah tiada peluang bagi tertuduh untuk melarikan diri daripada kes ini. “Jika jaminan tidak dapat dibayar, tertuduh ditahan reman sehingga hari perbicaraan. Keadaan ini menyukarkan semua pihak termasuk keluarganya. Mohon mahkamah memberikan jaminan rendah,” katanya.

atoyis-san wrote:


saya dah la baru lepas naik mahkamah atas kes JPJ dengar pulak pertuduhan terhadap defenden seperti di bawah..rasa cm experience smlm tu fresh lagi huhuhu..utk semua reader silalah jangan salahkan saya yer..saya cuma ambik petikan harian Metro sahaja..apa2 pon siasatan metilah telus dan ikhlas..tidak memihak kepada mana-mana pihak..(uish cm pantun la pulak)..tp ada lagi ker keadilan di Malaysia ni..hmm silalah ambil iktibar dari kes Atantunya itu..pandang dan buka mata luas2

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails