Pages

nuffnang x

Friday, June 04, 2010

Seminggu sudah berlalu

Seminggu sudah berlalu:



  1. Kerja 5 bulan perlu di cover dlm masa 3 hari. Apakah?? ingat aku robot ke. Tapi best part is memang aku cover kerja2 dalam 5 bulan yg lepas dlm 3 hari jek..(waa termegah-megah di situ termasuklah pinggang dan jari-jari yg telah mula mengeras sebab nk pulun siapkan semua coding-coding yang hilang itu. Nyampah I dengar tau)
  2. Ingat tak entry yang lepas. Ala tiba-tiba tercium bau bangkai dalam rumah tu. Last week pegi Darul Syifa utk dpt penawar batu karang toy dan dah terlanjur tu terus cerita kisah mistik tu kat ustaz dan nasihat dari beliau adalah suruh buat pagar rumah (bukan pagar besi atau pagar dawai daa..pagar besi tu taknak kasi pencuri masuk ni pagar lain).Katanya lagi suruh buar solat hajat dan baca yasin lepas tu 'pagar rumah'. Aku yg agak blur-blur di situ terus jek mengangguk-angguk kepala tanda setuju. Then ustaz tu bagi no telefon ustaz zahari suruh tolong buat pagar rumah. Tapi sampai la ni aku tak call-call ustaz tu. Bz maaa..(alasan)
  3. Hari ni lepas solat Jumaat nk jumpa ustaz sani mintak tolong buatkan penawar untuk toy sebab last week aku tak jumpa serai wangi. Malam tadi baru ambik dari Seremban. Nokmah siap kata " daun dia ko nak tak..ke nk serai dia jek" (ader ke orang buat ubat sekali dengan daun-daun dia). Nokmah pesan lagi " kalau ustaz tu kata nk sekali dengan daun-daunnya ko cakap la dengan nokmah nanti nokmah ambik yg baru " (err..tp daun dia dh rupe lalang dh)
  4. Selasa lepas dapat call dari Mia. Kelas OUM start Ahad ni. Jeng..jeng..jeng..so lepas discuss dengan toy dia kata boleh proceed kena baca sedikit sebelum kelas Ahad bermula. (rezeki..aminn)
  5. Isnin-dapat email dari En Azmi. Call for paper kali ni utk CAIT huwaa..baru jek dalam proses nak buat balik semua coding. 
Minggu ini saya dlm mood hiper tensi





p/s: siapa yang tekal pokok serai wangi bolehlah tengok dekat gambar di bawah. Sekali pandang macam pokok serai biasa tapi bau dia macam minyak angin. Nokmah kata susah nk ambik serai dia sebab daun dia dh macam pokok tebu. Part mana yg macam tebu pon aku tak tau la


'serai wangi'
kegunaan: -biasanya untuk perubatan tradisional
- untuk menghalau nyamuk
- halau lalat
- sblm ke hutan, gosongkan daun serai wangi ke badan untuk mengelakkan dari digigit nyamuk
- kalau di indonesia dicampurkan dalam pembuatan jamu
- halau serangga
(minyak pati serai wangi ni blh buat sendiri tau)


3 comments:

ZR said...

serai wangi juga boleh buat ramuan mandian utk ibu selepas bersalin...

MOFASAD said...

serai juga boleh melukakan orang!!!!!




sakit woooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!

qaseh said...

berusahalah untuk kebaikan insyallah Allah akan selalu tlg hambaNya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails