Pages

nuffnang x

Friday, October 15, 2010

quesadilla and pizza recipe

Quesadilla aka mexican pizza..beza mexican pizza dengan pizza biasa cuma dough dia jek..utk topping sume samer..kecuali okonomiyaki (Japanese pizza - yg ni takder recipe lagi nnti dh try blh post kat sni)

dia guna tortilla dough sebagai base..tapi jangan bahagikan dough kepada lapan bahagian..jadikan dia 4 bahagian cukup utk dptkan 4 size regular pizza..

untuk yang nk buat pizza biasa sila beli mauripan (yis) yer..kekadang tu dekat belakang packing mauripan ada recipe pizza sekali kekadang tu takde..utk yg takder..cara nak buat dough pizza 
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1/2 sudu kecil garam
3. 1/2 sudu kecil gula
4. 1 sudu besar mauripan
5. air suam
6. 7-8 minyak masak/shortening (klu de..takde guna minyak jek)

campur bahan 1-4 gaul rata dulu dh rata baru masukkan minyak masak..dh suma rata baru masukkan air suam (air yg panas2 suam) jangan tuang suma..tuang skit2 sampai doh tu blh diuli..klu melekit tu maknanya terlebih air..klu berketul2 tu maknanya kurang air le tu..dh siap uli..tutup dengan kain lembap..tunggu sampai doh naik 2 kali ganda..dh naik 2 kali ganda boleh la letak dalam acuan bulat/4 segi tu..jangan lupa sapu planta dalam acuan baru letak doh..lagi nipis doh lagi sedap (klu ikut tekak kitaorg la)

Topping: 
ikut cita rasa tekak masing2..
kalau ikut tekak atoyissan satu family kitaorg gunakan
1. ayam (bahagian dada)
2. capcicum (merah/hijau dua2 pon blh)
3. bawang (yg besar2 tu sedap)
4. mozzarella cheese 
5. 1 sude minyak masak
6. 1 sudu sos cili (kalau nak sedap gunakan sos cili life)
*yg ni suma basic ingredient 
Goreng ayam dulu letak skit garam..minyak sikit jek..agak2 daging tu dh nak masak baru angkat.

*kalau nakkan perasa hawaian chicken..gunakan ayam + nenas (guna yg dh siap packing dlm tin) + mozzarella dengan banyakknya..

*untuk hawaian tuna..gunakan ikan sardin dlm tin (buang sos dia tu..kalau blh basuh sekali ikan tu) + nenas + mayonnaise, thousand island..

cara nak letak topping..

1. lepas doh dh diletakkan dalam acuan letakkan minyak dulu
2. then baru guna sos cili..ratakan
3. letak ayam, capcicum, bawang(potong dadu)
4. last sekali penuhkan topping dengan mozzarella 
5. bakar dalam oven (yg ni pon kena tengok oven gak..klu oven kat umah ni tak blh guna api atas bawah sebab nanti cheese jek garing tapi doh tak masak)

owh lupa..en fird..klu nak tengok doh dh masak belum..gunakan toothpick yer..klu melekit tu blm masak le tu..klu takder toothpick guna pisau pon blh..


gambar kat atas ni quesadilla yg gunakan topping cm kat atas tadi..
yg dh rongak2 tu sebab dh kena makan dengan apak kimi





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails