setelah dua hari tak lunch dan setelah semalam kepala lutut ni menggigil dgn teruknya akhirnya hari ini telah berjaya memasak nasi goreng cincai boncai utk makan brunch.. atau dengan kata lainnya memaksa tekak ini utk menerima makanan tengah hari..haper ke jadahnyer tak makan tengah hari..tatkder selera mau makan..tekak demand nk dominos kot..ces
takder la menu spesel pon nasi goreng dengan nescape jek..
walaubagaimana pon monolog hari ini takder kena mengena dengan nasi goreng di atas:
kenapa yer kita selalu dengar orang kata " ala..ko ingat org bertudung tu baik sgt ke..bertudung pon pakai baju ketak2 " atau pun " ala..macam la orang yg bertudung tu tak kena rogol " atau pun " ala si polan tu bertudung sebab nk ikut trend artis ni artis tu "
significant kan ayat2 tu semua dengan masyarakat kita terutama kaum melayu
untuk ayat yang pertama
"ala..ko ingat org bertudung tu baik sgt ke..bertudung pon pakai baju ketak2"
-selalu nya aku dengar ayat ni dr mulut2 perempuan yang free hair atau pon terbaca dalam blog2 yg tuan punya blog itu adalah free hair..lagi memalukan org yg menulis atau menuturkan perkataan itu adalah orang melayu sungguhpon aku tak tahu keturunannya sama ada melayu jawa kah? melayu banjarkah? melayu aslikah atau melayu kacukankah? (pentingkah aku nak tahu keturunannya...haish..)
-dan selalunya aku akan bertanya dlm hati .."errr sapa kau hinggakan kau boleh tahu yang orang bertudung itu bukannya baik" adakah kau ini datangnya dari org2 terpilih yang mampu melihat keperibadian seseorang ataupun engkau ini main serkup ikut kata hati
untuk ayat yang kedua
"ala..macam la orang yg bertudung tu tak kena rogol"
-malas sebenarnya aku nk ulas isu ni..yg dh besar panjang blh la fikir sendiri..yg masih anum dan kecil..korang cuba lah lapangkan fikiran bukakan minda..berfikir sejenak..
-yer mmg sekarang dh akhir zaman..macam2 berita kita dengar..sedangkan nenek pon nk ditibainyer..sebab tu lah kita kena berbalik kepada Islam..buat yg patut dan tinggalkan yg dilarang..korang rasa kalau awek bertudung pon kena rogol aper pendapat korang kalau awek free hair pakai singlet dengan jeans berjalan tengah2 malam sorang2..adakah awek itu akan terselamat..ha..sila jawab sendiri..
untuk ayat ketiga
"ala si polan tu bertudung sebab nk ikut trend artis ni artis tu "
-ni lagi satu ayat yg aku tak gemar ni..engkau tahu ker isi hati orang tu..mmg la sekarang dh ramai artis bertudung..jual tudung pon guna nama artis tapi engkau blh baca ker niat org tu bertudung..daripada dpt pahala hari tu free2 dpt free gift berkoyan2 dosa..
-siapalah diri kita ni nk menilai orang lain..benda yg boleh kita tegur mari lah kita tegur yg mana tak mampu kita tegur mari kita senyum..senyum dan senyum..tak perlu kata apa-apa
"senyum..tak perlu kata apa-apa"
4 comments:
memang pun akak selalu dengar ayat camtu. senyum je, tak yah ckp apa2, biaq p kat depa
at least yg bertudung tu xde la menyumbang kepada dosa mendedahkan rambut kan...apa pun setuju sgt Hanya ALLAH yg tahu peribadi sebenar hambanya
org2 yg cakap tu live in denial mode.
dia tahu tak pakai tudun berdosa, tapi dia x nak ikut..so di acri cara lain utk differ the attention; so that dia x di persalahkan bila x pakai tudung.
kswsk-> haish asyik nk tertaip kwsp jek instead of kswsk hehheheh..tu le pasal..macam la depa tu tok nujum
yatie->agree
Post a Comment