Di suatu hari nan indah semasa mak andeh dan pak andeh sedang menikmati juadah makan malamnya..tiba-tiba pak andeh bersuara dengan lantang dan mengejutkan mak andeh.."kenapa kau masak tak taruk belacan..."..."bukankah kau tahu kegemaranku adalah belacan.." dengan terketar-ketar mak andeh pon menjawab ..." stok belacan habis bang.." pak andeh pon merajuk lalu meninggalkan juadahnya
sian mak andeh kan..dengan hati yang duka lara mak andeh pon membawa diri ke tepi laut..tiada tempat untuk mengadu domba..hanya pasir di gigi air temannya..lalu mak andih mengambil sebatang ranting dan melorek perkataan "BELACAN" di atas pasir..setelah hilang dukanya mak andeh kembali ke rumah
Hari berikutnya untuk mengambil hati pak andeh lalu mak andeh menyiapkan juadah peberet pak andeh iaitu jantung pisang cicah sambal tempoyak..dengan hati yang gembira pak andeh menghabiskan juadahnya sampai tambah nasi 3 kali wa cakap lu..petang itu pak andeh berkata kpd mak andeh "yang..yang..I ada suprise untuk you..sedap la sambal tempoyak tadikan..jadi sebagai tanda minta maaf I sebab terkasar bahasa dengan you tempoh hari..I tempah tiket kita belayar naik cruise 4 hari 3 malam khas untuk you.." dengan gembiranya mak andeh terus melompat keluar rumah dan pergi ke dinding batu lalu mencatatkan sesuatu di situ.."TEMPOYAK"
dengan hairan pak andeh bertanya.."kenapa BELACAN you tulis kat pasir tapi TEMPOYAK you tulis dekat dinding?"
mak andeh menjawab.."biar insiden BELACAN terus berlalu dan luput dipukul ombak..tapi I rela insiden TEMPOYAK sentiasa terpahat dan terus ditatap oleh mata I ni setiap kali I teringat dekat you..sebab tu lah I tulis TEMPOYAK di dinding ini.."
*kisah asal diambil dari 'sini' dan diolah balik oleh atoyissan mengikut keinginannya dan ditaip oleh cik2 'jari jemari' secara paksa rela oleh tuan 'otak'
No comments:
Post a Comment