Pages

nuffnang x

Thursday, August 04, 2011

Cabaran #2 Duit dan Ramadhan

Kimi tanya : ammaaa..nape abah work..work..work..
mama jawab : abah cari duit untuk kita sayang
Kimi tanya : ooooo duit..nnti beli omen banyak-banyak
mama jawab : beli omen..beli susu..beli kasut..beli nasi..semua la
Kimi tanya : ooooo beli kasut..abah work..beli omen abah work..ammaa pon work la cepat..work sekarang..buatlah work (ni kes nk suruh beli omen banyak2 la ni)


Kimi dh paham apa erti duit..kalau duit takde maknanya kena ambik omen kecik jek kalau duit ada boleh ambik omen besar..kalau abah tak bawak duit nk beli robot kena tunggu mama (hamboi pandai...) 


Semua orang tahu betapa penting dan besarnya erti duit dlm kehidupan..begitu juga dengan anak kecil:

mama tanya : kimi..kalau mama tak work..kita takde duit nk beli nasi..beli telur..beli ayam..kimi tak makan..boleh tak?
kimi jawab : jangan la ammaa...kimi pon nak la..lapar la kimi..nnti kimi nangis
mama tanya : kalau orang takde mama dgn abah tu macam mana? sian dia takde sapa yg pegi work..siapa yang nk belikan dia nasi..telur..ayam?
kimi jawab : entahlah...sapa entah (sambil angkat2 bahu)

persoalan ini membawa kita kepada rukun islam yang keempat iaitu zakat..wahai semua reader sudahkah anda menunaikan zakat??? zakat fitrah dan zakat harta.. 


Sekarang dh bayak online banking yg blh buat proses pembayaran zakat secara terus..tak perlu beratur sebab dunia hanya di hujung jari anda..(mcm iklan la pulak..) tapi bagaimana pengagihan zakat dilakukan??



surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”


kelebihan berzakat:

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita  akan bertambah dan  bukannya berkurang.
2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.
3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.
4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita
macam mana nak kira zakat pendapatan boleh gunakan calculator zakat pendapatan yg ada ni..owh satu lagi..kita blh buat option utk pilih pembayaran cukai tu tukar kepada pembayaran zakat pendapatan..jadi secara automatik kita tak perlu bayar cukai lagi tapi duit itu akan disalurkan kepada lembaga zakat

DUIT DAN RAMADHAN

Ramadhan biasanya sinonim dengan zakat fitrah..yang dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).

dan menjelangnya ramadhan juga biasanya pengagihan zakat sibuk dilakukan untuk membantu saudara kita yang jauh mahupun dekat. Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.. 

wahai semua reader sudahkah anda menunaikan rukun Islam yang keempat iaitu kewajiban berzakat ???



Untuk sesiapa yang sudi membantu projek sehelai baju untuk menyapu si air mata dan projek "Projek Susu Cap Junjung" untuk minum pada pagi raya anak-anak miskin Kemboja (boleh add pn Ainon Mohd. - presiden pts di fb nyer)



“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh amyz dan ditaja oleh Adorable Muslimah


4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

potong gaji setiap bulan utk bayar zakat, lebih senang camtu

ermm anak2 akak pun sama, balance duit skolah trus masuk dalam tabung..kenyang le tabung tu

atoyissan said...

part potong gaji tu belum buat lagi..mesti berat dh tabung budak2 tu kan

faraherda.razalan said...

Wah! Saya suka part dialog Kimi tu. Comel! Good entry! Good luck ye kawan!

atoyissan said...

tq..kawan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails