takde kaitan antara ayam ataupun unta
I memang rabun..rabun jauh..
dulu masa undergrade mmg pakai contact lense..time bercinta..time buat master pon still pakai contact lense sampailah nk kawin..tp bila lepas kawin terus melekap dgn cermin mata ni..
'hoh sapa baling batu dlm air..kan dh tak nampak muka model'
org yg pakai spek mesti faham..yg mata vision 100% clear tu takkan paham perasaan kami..sedey..susah tau jadi rabun ni..kalau bangun pagi benda yg selalu hilang adlh spek mata..kadang2 tensen nk cari..aik spek pon blh ilang...yer nokks..sebabnya kalau tertido pakai spek apak kimi yg selalu bukak kan..bila dia dh gi keje meraban I cari sana sini..lagi pon mmg habit saya letak barang merata..awwww..tak kose tau..
nape tak pakai contact lense balik?
dulu masa mengajar konon2 nya nk nampak matured skit (ala..ngaku jek la nk kasi nampak tua) yer..nk kasi nampak tua..sebab ada org ingat I budak undergrade..ces..taknampak ke kak kiah ni dh berumur..nk tak nk masa mengajar kelas untuk guru besar kena jugak pakai spek..ala2 cikgu cikgi gitew..tak kuasa mak nokks lepas 7 tahun pakai lense pastu pakai spek mmg terasa ada benda berat tersangkut jek kat barang idung ni..
lepas kawin I still maintain dengan imej cikgu bedah itu..alah bisa tegal biasa kan..setakat spek kat batang idung no hal la...lepas kimi ada lagi la no hal..nk picit jerawat pon tak sempat aper tah lagi nk godek contact lense..tapi ada dua jek kebarangkalian kalau ko pakai spek ni..
kebarangkalian pertama: sama ada org akan nampak ko nerd giler atau pon dia nampak ko seakan-akan cikgu bedah. part jadi cikgu bedah mak tak kesah (eh ye ke nokks)..part jd nerd tu mak kesah sebabnya aku bukan nerd la..nnti nampak I ni pandai sgt tau..kantoi la nnto tetiba org tanya soalan tak dpt jawab tp muka nerd (kata dh tua tp apsal otak mcm budak sek rendah ni)..hahahahha
kebarangkalian kedua: ko akan nampak macam budak2..budak undergrade..huwaaa...tapi kebaikanya adlh org anggap I muda belia..hahahahahhaha..suker..tp I tak suker dia buat lawak2 undergrade dgn aku..sorry la dik akak tak blh masuk lawak2 ko tu..terlalu muda..auwww..tak kose mak..kalau aku bgtau umo aku kang ada yg lemah jantung kang..haaa...den tak tanggung bil perubatan korang
tapi sekarang ni I tengok bdk2 dh advance..sume mata bukan hitam lagi..color biru pon ada..ado yg terlobeh bosar pon ado..sekali pandang nampak cantik dua kali pandang I nampak hantu kak limah balik rumah..yang dh cantik nk jadi cantik lagi..yg tak cantik.. (korang abiskan lah ayat ni) mestilajadi cantik...ni le peluang kan..beli online dlm internet kan de byk yg jual benda ni..bukan stakat internet pasar malam pon melambak..
tapi adik2 sedar tak betapa bahayanya pakai contact lense tanpa nasihat optometrist?? mesti le tak sedar kalau sedar takkan korang pakai kan..
sumber drp drmuhayalasik:
Masalah bertambah serius apabila dia terus memakai kanta lekap walaupun matanya menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mula kabur. Dia menyesal kerana terikut-ikut dengan aliran fesyen dan akibat mahu cantik, dia membahayakan diri dengan memperjudikan penglihatannya.
Dalam satu kes, seorang pelajar tingkatan tiga dijangkiti kuman yang menyebabkan ulser kornea dan memerlukan rawatan dua bulan di dalam wad dan terpaksa mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di hospital.
Masalahnya disebabkan pemakaian kanta lekap melebihi tempoh kerana masalah kewangan untuk menggantikan dengan yang baru. Kelewatan berjumpa pakar mata selepas tiga hari mengalami mata merah dan gangguan penglihatan menyebabkan beliau menjadi buta disebabkan parut yang kekal di kornea. Hanya pendermaan mata dapat menyelamatkan penglihatan mata beliau.
Ramai bertanya, adakah penggunaan kanta lekap satu amalan sihat?
Sebenarnya ia bergantung kepada disiplin dan sikap si pemakai. Yang harus dilakukan sebelum memakai kanta lekap ialah menjalani pemeriksaan oleh optometris atau pakar mata bagi menentukan sama ada seseorang itu sesuai menggunakan kanta lekap atau tidak. Malah, pengamal dan penjual kanta lekap yang berdaftar akan menjalankan pemeriksaan kornea dan air mata seseorang untuk menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap kepada setiap pelanggannya.
Apakah komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang tidak mematuhi aturan pemakaian kanta lekap?
Komplikasi paling berbahaya ialah berlakunya jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Komplikasi ini juga boleh berlaku pada pengguna yang memakai kanta
lekap untuk tujuan kosmetik.
lekap untuk tujuan kosmetik.
Seorang pesakit saya menghidap ulser kornea selepas memakai kanta lekap untuk mengubah warna matanya supaya kelihatan lebih menarik dan mengikut peredaran fesyen.
Masalah bertambah serius apabila dia terus memakai kanta lekap walaupun matanya menjadi merah, berasa sakit dan penglihatan mula kabur. Dia menyesal kerana terikut-ikut dengan aliran fesyen dan akibat mahu cantik, dia membahayakan diri dengan memperjudikan penglihatannya.
Jika keadaan ini berlaku, apa akan doktor lakukan?
Pemakai kanta lekap harus menghentikan sementara penggunaan kanta lekap apabila mata menjadi merah. Sebaliknya segera bawa kanta lekap dan bekasnya berjumpa doktor mata. Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu yang mungkin mengandungi kuman. Rawatan segera mencegah kebutaan.
Jika keadaan ini berlaku, apa akan doktor lakukan?
Doktor akan memeriksa ketajaman penglihatan dan memeriksa mata pesakit, seterusnya menentukan penyebab mata merah.
Mengapa pemakai kanta lekap mengalami mata merah?
Keadaan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit boleh buta. Ulser kornea boleh berlaku apabila kuman menjangkiti mata pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkan kanta lekap.
Dalam satu kes, seorang pelajar tingkatan tiga dijangkiti kuman yang menyebabkan ulser kornea dan memerlukan rawatan dua bulan di dalam wad dan terpaksa mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di hospital.
Masalahnya disebabkan pemakaian kanta lekap melebihi tempoh kerana masalah kewangan untuk menggantikan dengan yang baru. Kelewatan berjumpa pakar mata selepas tiga hari mengalami mata merah dan gangguan penglihatan menyebabkan beliau menjadi buta disebabkan parut yang kekal di kornea. Hanya pendermaan mata dapat menyelamatkan penglihatan mata beliau.
Apa rawatan untuk ulser kornea?
Ubat titis antibiotik akan diberi dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit harus mendapat rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.
Apakah nasihat kepada pesakit dan doktor yang merawatnya?
Doktor perlu bertanya dua soalan kepada semua pesakit yang mengalami mata merah, iaitu adakah mata berasa kesakitan dan penglihatan terganggu. Jika pesakit mengalami dua gejala itu, pesakit itu harus dirujuk kepada pakar mata dengan segera.
Jika tidak dirujuk, besar kemungkinan pesakit menjadi buta andainya akibat penyebab berbahaya seperti jangkitan kuman.
Apakah pesanan kepada semua pemakai kanta lekap?
* Jangan sekali-kali memakai kanta lekap melebihi waktu yang dicadangkan.
* Jangan tidur dengan memakai kanta lekap.
* Penggunaan kanta lekap harus diberhentikan apabila berlaku kemerahan
pada mata dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau rawatan.
pada mata dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau rawatan.
* Jika berlaku masalah mata merah dan penglihatan terganggu, pastikan anda dirujuk kepada pakar mata.
* Jangan pakai kanta lekap yang melebihi tarikh luput.
waa..nampak cantik jek kan..comel jek cuba ko tengok gambar kat bwk lak
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
haa...kalau dh jd cam ni dh tak nampak aper dh..cantik lagi ker???
ni ader pengakuan dr seorang pengguna kanta lekap
apa2 pon tak salah nk guna kanta lekap tp mari la kita jumpa pakar mata dulu pastu baru la decide nk beli yg mana..yg membuta babi membabi buta jek beli dkt online tu sebab nk nampak cantik utk sehari..jgn monyet..jgnnnnnn
No comments:
Post a Comment