Pages

nuffnang x

Thursday, March 22, 2012

utk Msc dan PhD student

Blog ni diperkenalkan oleh ita..penulisan santai dan too many info yg sgt membantu especially utk pelajar2 PhD..

nk share dengan reader semua mengenai satu entry Dr OT pasal cerita seram PhD..(banglo berhantu)


Citer seram 1:
Senior ni baru nak buat PhD, berkobar2.... Satu hari dia cadang nak bagi satu tajuk kat satu SV. Then selepas siapkan tajuk, draftkan problem statement dan objective... dia bagi kat SV tu.... lalu di komen.... “ Tajuk u ni tak sesuailah.... gilah cari tajuk lain yang lebih sesuai ”. 


Emmm...tajuk sesuai tu macam mana? 


“U pergilah cari dulu..... then tunjukkan kat saya... cari yang sesuai tau....”. 


Amende yang sesuai dan tak sesuai tu.... bagi ler tahu.... kalau tak sampai bila2 pun aku tak tahu.... takkan nak main cari jer...iskhh.


Fuhh....seram sungguh kalau macam ni!! Yang ini boleh buat citer “Hantu Mak Limah balik kampung salah naik bas” !!

Citer seram 2:
Senior ni pulak kata, tok sahlah nak berangan buat PhD kalau tak mantap fizikal. Kalau lemah, tak sanggup terkejar kesana kesini, tak sanggup menaip proposal walaupun dengan 2 jari sampai dinihari, tak sanggup tunggu SV depan pintu dua jam....walaupun SV ada dalam bilik dgn kawan dia....baik ko pergi main chess wakil kolej.... boleh dok depan chess board berjam2 tanpa bergerak2 dari pagi sampai 12 tengah malam...... asal jgn lupa solat...


Ini pun kategori seram.....!! Yang ini boleh buat citer "Hantu Mak Limat sakit pinggang duduk mencangkung" 


Citer seram 3:
Senior yang ini pulak kata.... jangan nak mimpilah buat PhD kalau lemah mental dan mentol...... dan tak sanggup kena sound direct dgn SV, tak boleh menterjemah kehendak SV apabila dia suruh ko buat itu dan ini.....atau sikit2 nak merajuk.... frust... sensitif.... baik dok diam2 mengajar jerlah dgn degree master tu sampai pencen !!


Seram.....Yang ini boleh buat citer “Hantu Mak Limat pilih option pencen 60 tahun”

Citer seram 4:
Senior aku yang lain pulak berkata, kalau tak cukup ilmu di dada, tak ada pengetahuan yang luas... mantap.... jangan nak cuba2 buat PhD, nanti ke depan tak boleh, kebelakang jatuh terlentang.... so baik masuk rancangan "Tom-Tom Bak"..... sebab Aznil akan tanya soalan2 sempoi2.... tak perlu ada ilmu tinggi2....

Yang ini lagi seram bro.... boleh buat citer “Hantu Mak Limah pergi audition tapi kena reject”

Citer seram 5:
Senior yang sorang ni pulak dok tersangkut kat LR dah setahun !! Dah setahun bro....sejak anak dia baru lahir skang dah boleh panjat KLCC....(naik lif ler).... tension sungguh dia. Bila bagi kat SV mesti dia kata “LR ko ni ada yang tak cukup.... tak terasa kekritisannya.... baiki semula... tulis kritis... LR mesti kritis....” 


Kesian dia ni.....bila ditanya amende yang tak kritis tu SV selalu jawab “Cuba baca tesis2 yang lepas dan teliti.... camana nak tulis secara kritis” 


Then dia bagi tahu yang memang dia rujuk byk tesis lepas lalu SV menjawab “Cubalah cari LR yang betul2 kritis !!”


Pulak dah....amende yang betul2 kritis kalau tesis lepas pun memang tak kritis termasuk tesis bekas pelajar SV tu sendiri yang dirujuk!!

Yang ini seram lagi menyeramkan... boleh buat citer “Hantu Mak Limah merajuk dikatakan pakai bedak sejuk”


Citer seram 6:
Senior ni lagi kesian. Dia termenung sana termenung sini menghitung hari. Dia ni dapat SV yang sibuk.... dahlah dok jauh dari tempat dia buat PhD..... punyalah susah nak jumpa SV. Kadang2 dapat jumpa.... tesis pulak belum dibaca....belum disemak..... paling sadis pernah SV tak perasan yang dia tak semakpun tesis senior tu...sedang dia ni dah extend 2 kali dah....


Mula dulu SV hanya lecturer biasa now dah nak jadi Ketua Jabatan.... dia masih tak siap2.... sedang SV makin sibuk, dan makin susah senior tu nak menyibuk....


Aku tak berani tanya progress dia tu... sebab sejak dua tiga menjak ni... dia sensitif....kadang2 cakap sorang2.....


Wa cakap lu...akupun seram gak dgn kisah2 sebegini... Yang ini boleh buat citer "Hantu Mak Limah naik tension tak leh naik LRT" 


macam mana..mesti korang semua pernah dengar cerita mcm ni kan..dulu pon selalu disogokan dgn cerita mcm ni..tapi tak kenal maka tak cinta dh kenal terus pengsan..hahahah...

jgn risau..utk mereka yg ada hajat nk smbg PhD tak semua kisah suka duka setiap org tu sama..rambut sama hitam hati lain2 aik..cm tak kena jek perumpamaan..

walau apa pun cerita duka lara yg ada sepanjang yg kita hadapi selama bergelar postgraduate student ni...cuma ingat satu..at the end nnti kita panjat stage masa konvo dan grade sbg seorang pelajar Phd..tu yg Dr Johana selalu ckp..insya allah..satu masa nnti..amin

1 comment:

limaedua said...

InsyaAllah su..amin, mudah2an..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails