Kisahnya begini..
Sejak dapat game psp baru, pekan tidak lagi bermain dengan ipadnya. Ke mana sahaja dia pergi akan dibawanya psp kesayangannya itu. Pada suatu hari berkatalah mama Pekan kepada Pekan "Pekan..pekan..mama teringin la nak main psp..boleh tak?". Jawab Pekan kesayangan "Boleh..tapi mama main nanti ye." Maka mama Pekan pon bersabar sehinggalah petang menjelma. Berkata lagi mama si Pekan "Pekan..pekan..dah boleh ke mama pinjam game psp. Mama ingat nak suruh abah install Sims la nanti." Jawab Pekan "kejap ye mama nanti turn mama pulak". Dari pagi membawa ke petang dan dari petang membawa ke malam.
image from : http://malaysia4tours.blogspot.com
ni la ghupanya batu caves. jangan tak caya time2 duduk Greenwood dulu kitaorg pernah jejak kaki gi batu caves ni. time tu thaipusam. ayah ajak nengok aper yg ada kat dlm tu..nak nengok culture dia cm ne. time thaipusam tu ramailah yang cucuk sana cucuk sini..mak tengok live. ko ade?
Dengan harapan yang tinggi mama Pekan bertanya lagi " Pekan-pekan boleh tak mama pinjam game psp..hari dah malam dah. Nanti nak tido pulak tak boleh main game lagi..". Lalu dengan rasa berat hati Pekan menyerahkan psp kpd mamanya. Baru jek game tu nak mula loading tetiba bateri abis dan padam terus. Maka dengan kempunanya mama pekan pon berteriak sambil berlari ke luar rumah.."batu belah batu caves..makan la aku telan lah aku..aku kempunan nak main game..baru dapat bateri pulak abis...iskk..iskkk..iskk". Di malam yang hening itu batu belah batu caves dan batu gajah pon menelan mama Pekan.
Sambil ternganga Kimi berkata.."ma ambik la game psp ni..nanti lepas mama main Kimi plak main"..tetiba apak Kimi pulak menyampuk.."ma..naper tak suruh mama Pekan tu charge jek psp tu..takyah la pegi cari batu caves batu gajah..jauh tuuu"..hahahahha nilah kisah anak-anak zaman Y2K.
p/s: satu hari tu apak Kimi tanya dekat Kimi..
Mi..sayang abah tak
Sayang
Kimi sayang mama tak
sayang
Takyah la sayang mama sayang abah jek boleh
tak boleh...
kenapa?
sebab nanti mama kata batu caves..batu caves..jadi kena sayang mamalah
waaa...giteww le anak mama..makan ati apak ko
3 comments:
perangai anak2 camtu le, buat kita senyum sowang2
wooo.. kecik2 lagi dah ajar masuk side maknya ni baguzz baguzzz.. hehehe cerah masa depan pekan :)
mamasyaza: :)
kak umi: heee..harap-harap pekan dengar nasihat ibunya sampai ke tua..amin
Post a Comment