Pages

nuffnang x

Thursday, June 28, 2012

Kenapa saya berblog?

1st time menulis untuk blog adalah pada tahun 2003. Masa tu blogger tak berapa popular lagi. Apatah lagi nuffnang. Kali pertama mempunyai blog sendiri menggunakan application blogdrive. Masih lagi menggunakan domain atoyis. 

Persoalannya kenapa saya berblog?

Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mencanang kepada orang ramai mengenai kehiduan seharian. Berblogging pada mulanya adalah alternatif lain buat mencatat kehidupan yang telah dilalui pada masa lepas. Ahhh..pedek cite macam diary. Dulu masa kecil aku suka menulis dalam diary. Amatlah marah bila orang lain baca isi diary. 

Gile kan. 1st diary ayah bagi sbg birthday gift masa darjah 4 dulu. Masa tu hari-hari ada entry baru. Semua la. Walaupun sekadar naik turun bas pegi sekolah. Ala..budak-budak la..ko ni jangan le gelak.

Abis study dulu mcm tertarik la pulak dengan idea blogging. Blh simpan semua entry online. Masa 2002-3003 berblogging agak rare sikit. Jadi tak takut time tu orang tahu siapa owner blog tu. Dek kerana terbawa-bawa dengan penulisan diary semua suka duka ada dalam blog.

Daripada personal sampailah general. Last baca aku rasa nak nyorok bawah meja. Agak melampau di situ. Kalau jiwang adalah jiwang karat. uweeekk...Bila dunia blog semakin glamor dan isi blog terbabit kurang sesuai maka atoyis.blogdrive.com telah didelete secara rasmi. Sedey memang sedey tapi dari menanggung malu baca entry sendiri yang jiwang karat sebab time tu tengah bercinta dengan apak kimi..baik aku delete jek kan..hahahahah

Lepas tu rasa nak stop berblog tapi tak boleh..saya rindu..apak kimi kata lepas kawin takyah blog lagi..tapi jari jemariku yang halus dan runcing ini kata..perlukan entry baru. Rayu punya rayu akhirnya apak Kimi izinkan.

Time tu saya tidak kenal erti nuffnang lagi apatah lagi untuk jadikan atoyissan sbg 1st entry. Tapi hari ni tiba-tiba aku tersentak..kenapa aku berblog? untuk dpt income nuffnang kah? utk dpt follower kah? untuk glamour kah? untuk suruh orang comment kah?

owh tidak..aku rindu nak berdiary balik...

p/s: Zaman diary yg ada mangga kecil tu amatlah hot satu masa dulu. Budak pompuan suke la diary-diary cm tu. Padahal sekali hentak jek mangga terbukak. Takde maknanya lah nak kunci bagai.  Cetttt...tertipu mak..apsal la aku suke kena tipu..

2 comments:

yatie chomeyl said...

me too, i pun suka tulis diari..hari tu blk msi abaca balik diari2 yg bermangga-kecik-sekali-ketuk-tercabut tu hahaha. lawak dan malu sendiri jugak, last2 I pi bakar...sbb dlm tu bnyk kisah 2jiwang dgn skandal2 lama..karang hubby baca jeles pulak kui3x

skrg i berblogging sbb nk simpan memori indah kat sini. dulu masa kat germany & spain x blogging, so nama2 tempat yg pernah pergi pun dh lupa. so skrg xnak jd mcm tu lagi..that's y i blog :D

Suliana Sulaiman said...

yatie: jeng..jeng..jeng..skandal?kite bako jek..perasaan yang amat malu itu mmg tidak dapat disorokan lagi ngee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails