Pages

nuffnang x

Friday, June 08, 2012

owh cencorot..owh burung..

pernah dengar tak gam lalat? yang org guna bagi lalat hinggap kalau byk sgt lalat tu. Hari tu apak Kimi guna letak bawah almari. Katanya nak tengok binatang apa yang selalu berak dkt bawah almari tu. Balik dr hospital smlm ternampak ada pulak makhluk yang dan terlekat. Ghupa-ghupanya cencorot. cet. Rupa dia kurang memuaskan. Agaknya dah seharian terlekat dekat situ kot. Ditambah pulak dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan anak tekak.

Disebabkan kegelian yang amat sangat dan tanpa berfikir panjang terus capai penyodok dan buang tepi pagar. Apak Kimi pesan tak payah bersihkan "nanti abang balik abang tolong buatkan..". Dengan drastik terus buang tepi pagar. Masih lagi dalam kawasan rumah. Tepi paip air. Tak pulak terpikir nak tutup ke ape ke kan gam lalat tu.

Masuk pukul 3pm tiba-tiba dengar burung berkicau kuat ya amat. Dalam hati pikir "aik, burung ni nk buat sarang ke?". Disebabkan otak agak lemah akibat serangan demam semalam terus buka tingkap dan toeh kiri, toleh kanan. yenna.. takde pape pon. Terus kembali ke toto dan sambung tido.

Pukul 6.45pm dengar apak Kimi buka pagar. Dari pagar lagi dia dah panggil " mama..mama.." aik lain macam ye bunyinya. Sambil terhegeh2 buka pintu apak kimi jerit lagi "mama..mama..mama cepat tengok..". Ape yang cepatnya entah. Ghupa2nya ada dua ekor burung terlekat dekat  gam lalat tu. Patut la bunyi burung kuat bukan main. Tetiba rasa bersalah. Sekor lekat dekat kaki sekor lagi lekat dkt bahagian bulu belakang. Sian burung tu.

Apak Kimi pon mula la adegan rescue 911. Guard tu siap kejar Toy dengan moto. Apak Kimi ingatkan apa la. Rupa2nya nak bagi tahu ada dua ekor burung tersangkut. Apak kimi kata " ooo..ni mesti kerja bini saya ni.."owh..tak sengaja bang..tak terpikir pulak ada benda lain blh tersangkut kat stu. Sekor burung dah selamat lepaskan semalam dan sekor lagi kesejukan lepas kena basuh bulunya dengan air. Kuat betul gam lalat tu. Pagi ni sekor lagi dah selamat melarikan diri. Apak Kimi kata burung tu tak blh survive ni. Sian dia. Boleh tak dia nak tamatkan riwayat burung tu. Tapi bini dia ni tak bagi. Biarla burung tu try survive dulu mana tahu panjang umo.

p/s: teringat pulak cerita terpijak tikus dengan kaki. Masa dkt kg 10 tahun lepas kot. Time tu arwah atuk sihat lagi. Sebab dua-dua kelam kabut nak selamat kan diri (masing-masing terperanjang, manusia terserempak tikus-tikus terserempak manusia) ikut pintu yang terbukak cinonet jek tu, dengan penuh tenaga terus melompat keluar. Ghupa-ghupanya time melompat tu terlompat la pulak atas badan cik tikus. auuuwwwww. Mendecit-decit le dia menahan kesakitan walaupun berat saya pada masa itu hanyalah 45kilo. hahahahah. Tula, lain kali sorang-sorang la keluar. Dah sah-sah la aku yang patutnya menggelabar kan. Yang ko pon nak keluar ikut pintu kenapa. Ikut la tingkap ke apa. Ko kan kecik.


8 comments:

yatie chomeyl said...

wpon I kesian kat burung2 tu tapi takleh tahan nak gelak baca cite u pijak tikus tu wakakkakaka...mesti menyesal x sudah tikus tu

atoyis said...

yatie: tikus sure menangis dlm kekesalan ;p

umiyumi said...

adoii kesian ada nak tergelak pun ada. mcm mana tikus tu survive tak? mesti jenuh menyumpah2 tu hahaha.. ckp pasal tikus k umi pun kena gigit tikus masa umur 10 thn. seminggu sblm tu mak k umi buang anak dia. lepas tu mak dia balas dendam la gigit ibu jari kaki ms tido. sakit wooo :p

Miss Annaz said...

tak pasal-pasal burung tu menjadi mangsa getah lalat..

atoyis said...

kak umi: dah arwah dah pon tikus tu...waa..main gigit-gigit ni yang tak gemar ni..sib baik dia gigit kaki kalau dia gigit pipi..adeh lagi sakit

atoyis said...

miss annaz: sian..burung tu mesti nk sambar cencorot yg melekat. tetiba dia pon melekat sama.

umialya/k.tini said...

akakpun takut ngan tikus

atoyis said...

kak umialya: hmmm..geli kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails