Pages

nuffnang x

Monday, June 11, 2012

Kenapa anak dara suka cari suami orang??haa..

Panas..panas..
Ini adalah topik perbincangan dengan apak Kimi beberapa hari lepas. Hasil daripada perbincangan pendek kami simpulkan seperti berikut:

1. Pada pandangan perempuan itu suami orang lagi mengancam. Di matanya suami orang dah stabil. Mampu sara keluarga. Mampu provide macam-macam benda. Achane tu Johan..Tapi realitinya, suami orang pon ada masalah sendiri. Yang mereka nampak suami orang tu semua ok. Serba serbi takde kurang. Tapi untuk stabil dalam perkahwinan perlukan masa. Makan tahun-tahun jugak. Itu yang diaorang tak nampak

2. Suami orang ni pandai pujuk rayu. Cet podaaa. Kalau dpt suami yang kaki romantik pujuk rayu la jugak. Hanya isteri jek yang kenal suami. Tak perlu orang lain nak nilai kata dia tu pandai pujuk rayu ke haper. Sebabnya masa bercinta semua manis.

3. Diaorang rasa suami orang itu adalah yang terbaik buatnya. Tapi jauh dlm hati, hanya tuhan jek la yang tahu.

Dalam perkahwinan perlu ada kepercayaan. Mana yang baik kita jadikan panduan yang buruk pandai-pandai la fikir. Bila hidup bersama jangan ingat macam fairy tale. happily ever after. tetttt...kadang-kadang tu bahagia..kadang-kadang tu gaduh..kadang-kadang tu rasa nak piat-piat telingan pon ada jugak. Tapi bila dah berdamai semua ok. Tu barulah betul hidup berumah tangga (kata salah seorang lecturer UPSI dulu). Kalau perkahwinan yang tak pernah bergaduh, tak pernah dilanda badai maknanya belum rasa erti berumah tangga lagi tu..

p/s: Terbaca dlm paper hari tu..katanya perempuan cenderung utk mencari lelaki yang mempunyai bau wanita lain. Ape pelik la idung wanita zaman sekarang ni.

4 comments:

yatie chomeyl said...

huiss topik hangat ni hehe..apa2 pon semoga kit abhgia dgn pasnagan maisng2 dan xde anak dara yg sibuk2 nak caras laki mak..Ameen

atoyis said...

yatie: mak pon doakan yang sama..ameen :p

umiyumi said...

setujuu.. setujuuu.. kalau setuju semua ada hadiah ke? hehe :)

atoyis said...

kak umi: hehehe..kite lom buat GA lagi la..mane ade hadiah..tunggu ye :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails