Pages

nuffnang x

Tuesday, July 17, 2012

Antara fashion dan bala..owhhh apakah

Saya tidak perfect sgt dalam menutup aurat tetapi saya ada menyuarakan kepada apak Kimi utk terus mencuba dan mempertahankan selagi terdaya utk menjaga aurat saya. Jadi kita mulakan daripada dlm almari..

kata apak Kimi.."just request mama nak baju apa asalkan jaga aurat nanti abang belikan.." *wink*wink* errr "..request yg ratus-ratus blh kaa??"..apak Kimi.."boleh..tunjuk je yg mana"..owh entry ni bukan ditulis utk show off yg laki ko jek la yg blh beli baju memahal utk bini tapi ditulis utk menunjukkan betapa kuatnya si suami menyokong cita-cita murni bininya ini.

hahahha..sib baik bini you baik bang. Takde maknanya I nak request baju memahal..kita beli kat thepoplook jek ye bang..

tapi apa yang disuarakan dlm entry ini adalah dalam keghairahan kita berfesyen kadang2 kita tak sedar dalam bertudung dan menutup aurat kita sebenarnya bertelanjang. apakah yang kau merepek ni labu?

sebenarnya aku nk upload gamba seorang model yg dah bertudung dan menggayakan baju dlm pertunjukan fesyen 5star tp takde mood la pulak..karang kena saman la pulak hape kan..tapi sebagai seorang public figure pakaian sebegini akan membuatkan adik-adik kita diluar sana utk menirunya..silap ari bulan aku pon boleh terikut tau..

tak salah utk ikut aliran fesyen tapi sesuaikanlah dgn Islam..and say no to skinny jeans..ouchhhh...yg ni lagi sakit mata..dari kepala sampai ke pinggang dah perfect..baju dah tutup bontot..shawl dah tutup dada tapi pakai skinny jeans..ketat dan sedat..makkkk..apakahhhhh pesen nye itewwww..adakah pesen akhir zaman telah bermula???

sesak napas mak tau..






4 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Mungkin sebagai muslimah sekarang kita kena sedikit menentang arus fesyen semasa kalau nak selamat. Fabrik sekarang memang kurang sesuai untuk tutup aurat. Rata2 dres memang labuh, ada part longgar tapi banyak part yang nampak bentuk tubuh disebabkan jenis kain tu.

Sama juga dengan tudung, biarlah old skul asalkan menutup aurat dgn sempurna. Jgn risau nanti fesyen lama tu akan kembali semula.

Seluar pulak, memang susah nak cari jeans yang tutup elok. Ada je bahagian yg ketat. Senang2 saya beli jeans lelaki je, alter sikit.

atoyissan said...

MAIA: itulah kan..kalau jeans saya pilih straight cut..setakat ni takde masalah sbb kaki mmg stok lidi jek..dulu masa belajar buat part time dekat pizza hut mid vel..kena pakai slack hitam..mmg cari slack lelaki time tu sbb baju nak kena masuk dlm..mmm teringat zaman2 tu pulak

Min Aina Ila Aina said...

Kalau kaki lidi takpe,ala-ala artis K-POP gitu kaki halus. mcm saya ni ala-ala batang balak. keh keh.

Thanks, perkenalkan Thepoplook. Dah beli sehelai blaus, tapi memang warna dalam web tu dengan warna baju berbeza sungguh. Ingatkan beza sikit2 je. Dalam tu nampak peach oren, sekali dapat pink pekat lagi terang. Adoi...Tapi fabrik dia sedap.

atoyissan said...

MAIA: cayalah..terus rembat tuuu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails