Pages

nuffnang x

Friday, March 15, 2013

Manukan, Mamutik, pasar kraftangan dan pasar malam kg air Day2

Hari ke dua kami ke pulau yeaaaaaa...

sebelum tu kitaorang sarapan depan pasar semalam..ingat tak gamba yang aku upload masa malam dkt entry kota kinabalu day 1 masa ari siang beginilah keadaanya..lihat..clearkan..sampah pon takde..lalat lagilah takde


cuaca time ni adalah cerah dan panas..

kimi dah siap sedia dengan baju renangnya..tapi anak aku takut air ma..


lepas makan maka bermulalah perjalanan ke pulau

ade ke ayah aka atuk kata takut hitam..adoi..takpe tok skang ni ada sunblock SPF 130++ atuk tempek jek bebanyak kat muka

dan ada jugak memula suara2 sumbang yang takmo gi pulau..tapi aku, apak kimi dan pak lang dah nekat..kalau ramai yang takmo pegi kita pegi tiga orang jek angkut kimi..

kalau nak ke pulau ko pegi ke jesselton point..kat dlm tu kalau korang pandai blh nego dapat rega best punya..ikutkan aku nak pegi satu ari kat pulau tapi mengenangkan wan tak mandi laut jadi ambil half day..kitaorang dapat tiket dlm 55 sorang termasuklah peralatan snorkling dan life jacket..tu pon dah abis nego..

  bot kitaorang satu family jek takde orang lain


 best2..dah lama tak naik bot

laut yg biru 

pulau tomei

sampai manukan..air jerneh..rasa mau terjun jek tp apakan daya i tak reti berenang..auwww 

ikan bapak banyak 

sian apak kimi gamba dia jek yg takde 

sampai jek letak barang terus terjun dlm air..punyalah susah nak pujuk kimi mandi laut..dia berenang dekat gigi air jek..pening mak ko..datang ombak terus dia kena tolak kat pasir hadoi..apak dia belikan pelampung baru..life jacket kimi aku bli kat evergreen below RM50..tak ingat rega asal..tapi lelama kimi ok..dia blh join kita orang sampai ke tengah..happy mak ko

trip ke sabah ni aku lupa bawak charger camera..meroyan mak..apak kimi pujuk balik ni kita carik charger kat kk..ada mmg ada tapi mak kena ketok gak lak reganya..takpe janji nikon mak blh beroperasi mak sukeeee....apak kimi stress tgk bini dia mencuka jek..jadi gamba adalah kurang..nangis tau.. 

ikan colorful  

 atuk siap kata nape tak duduk satu hari kat pulau baru best..aik..semalam bukan ada orang tu takut hitam ke..alih2 request mau duduk pulau pulak

snorkeling di manukan amatlah berbaloi..tapi di sini sila tanya life guard tu dekat mana tempat paling best untuk snorkeling..jangan salah tempat macam kami jadik tak best pulak.. 


next bergerak ke mamutik selepas 2 jam mandi manda di manukan..tapi gamba di mamutik takdok..bat dah abis bah..sejam di mamutik rasa tak cukup pulak

sampai jek mamutik terus cari life guard aku tanya kat dia mana kawasan paling best snorkeling dia kata pantai depan toilet tu banyak ikan tapi batu pon banyak lagi best orang kurang..ikan mmg chantek..alip siap kena gigit dengan ikan lagi..kita orang bagi ikan makan biskut secara illegal...ngeh..ngeh..ngeh

balik dari pulau sepatutnya pusing KK nak ke menara tun mustapha dan ambik angin tepi pantai..tapi sbb suma mandi laut suma dah takde kederat..kuar malam jek pegi makan kat pasar semalam

kali ni atuk pegang camera..orang lain dah tak larat nak jalan dah..atuk  jek yg excited ambik gamba

ikan yang besar kepala..hok aloh 

 kat pasar ni ikan merah ni kalau yang dah siap panggang dia jual sekor RM2..gile murah.. 

hmmm macam-macam ada 

ni la sotong RM3 sekilo tu 

banyak ketam merah 

ikan buntal pon ada 

sipot ni aku tak sempat beli tapi hari tu aku usha rega dia RM5..nyesal la pulak tak rembat satu kan 

malam ni mamat ni pulak yang mendemo cara pegang udang..suma nak tunjuk hero lettew 

dan makan digerai ini adalah tidak setappp..kedai semalam tak bukak kedai ni ikan dia keras..ikan yang besar2 kalau goreng mmg keras ke?? 

aku suka gile rumpai ni  

kalau dah dijadikan pencicah ghupa dia cm ni..rumpai ni ada biji2 macam telur ikan kat shushi king..bila gigit dia ada lendir2..setap...

kalau korang nak bli mutiara murah dan brooch murah korang jalan sikit pegi ke pasar malam kampuang air..pasar malam ni bukak tiap2 ari..kalau t-shirt kat pasar kraftangan tu dia jual sehelai paling murah RM15-20..nak dpt RM15 tu mmg susah la kan..tp kat pasar ni adik aku beli RM13 jek sehelai..murah ke idak tu..kat sni brooch mutiara yang asli tu boleh dapat dlm RM3-5 sekotak..gelang mutiara ikan tali memeri tu dlm RM5-8 jek..pilih ye jangan tak pilih..ko tanya orang tempatan situ jalan nak ke pasar malam kg air..mesti diaorang tau



gamba ni jek dua..sbb kitaorg bertiga dah tak mampu nak berjalan lagik..wan dengan atuk jek yg gagah ke sana ke mari..lagi pon wan tak mandi laut..tak penat agaknya..wan siap rempat 2-3 brooch sekali set dengan cincin lagik...

malas tu suma penat sbb esok pagi nak ke kundasang pulak




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails