Pages

nuffnang x

Tuesday, September 17, 2013

spiral by Koji Suzuki

spiral adalah prequel utk 'the ring' betapa blur nye..at the end baru aku perasan yg 'the ring' tu adalah 'the ring' dalam movie tu..ha tu la..orang lain tgk movie sampai abis..ko tengok sekerat-sekerat apa kes..

tapi rasanya aku ada satu lagi buku koji suzuki tapi tak ingat plak kat mana aku letak..

tapi cite spiral ni tak masuk akal skit la..takpela ko layan kan ajela..

Dr Ando buat autopsy dekat mayat..salah satu drpnya adalah mayat kawan dia..Ryuji Takayama..masa buat autopsy dia kesan ada something wrong dengan kematian Ryuji..lepas tu siasat punya siasat dia jumpa virus yg sama dengan chicken pox.. ring virus..then tetiba plak kat perut Ryuji ada some combination of number..tetiba kan..motip sangattt...dia try decipher text tu dan dia dpt 'ring'..Dr Ando ni dah ilang anak dia sbb mati lemas dua tahun lepas..ko blh agak laki yg mati anak cm ne kan..wife dia asyik la mintak cerai then yg dia ada hanyalah keje..dan keje dan keje.. 

lepas tu semasa siasatan kes Ryuji dijalankan dia berkenalan pulok dgn awek si Ryuji..iaitu Mai..budak 20an...yang agak tak masuk akal dlm kes ni 'video tape'...ada satu video tape yg Mai kata kawan si Ryuji ni nak sangat mintak dekat Ryuji..siasat punya siasat siapa yg tengok cite ni akan mati dlm masa 7 hari unless dia buat salinan video ni dan bagi orang lain tengok....hoi apakah

then tetiba ada 9 kes yg sama bila dia tengok cite tu dlm masa 7 hari dia mati secara mengejut..Mai tengok video ni tak mati plak sbb kebetulan dia tgk masa dia tgh ovulation...the ring virus imitate sperm so dia combine dgn ovum Mai menyebabkan mai pregnant tgh movie ni lepas 7 hari and give birth to someone yang dah mati..oooeemmmmgeeeee...what..tak masuk akal pon aku still baca gak smp abes..ko kenapa???

then Mai give birth to 'something' alien kot..anak Mai tu membesar dlm masa 7 minggu. Anak Mai tu sebenarnya adalah perempuan yang dah kena bunuh 25 tahun yang lepas...perempuan tu kena rogol masa zaman 1950++ then dicampak dalam perigi dekat depan satu kabin B-4. kebetulan masa nak selamatkan diri perempuan tu sempat gigit lelaki yang aniaya dia tu..kebetulan lelaki tu mengidap virus chicken pox...dlm masa yang sama virus tu masuk dlm badan pompuan tu..sbb tu ring virus imitate chicken pox virus..

then bila perempuan tu hidup..Mai terpaksa mati utk tutup kes ni..then aku lupa nama pompuan tu plak..satu lagik boleh pulak pompuan tu sebenarnya khunza..tul ke aku eja..ada dua alat kelamin...sebenarnya rancangan jahat perempuan tu adalah untuk hapuskan semua homo sapien yang ada dan ganti dengan spesis dia..at the end bila Dr ando dapat kesan yang perempuan tu dh convert movie kepada novel dan novel tu akan dipublished kepada org ramai..then dia offer Dr ando untuk hidupkan anak Dr ando balik...Then doc ando setuju..tetiba guna rambut anak Dr ando pompuan tu generate janin sendiri sbb pompuan tu kan khunza jadi dia ada 2 jenis genital...DNA yang dihasilkan dalam baby tu pompuan tu buang dan dia gantikan dengan DNA anak Dr Ando..hoi...dan miracle nya pompuan tu pon hidupnkan Ryuji Takayama balik...sebenarnya dari awal lagi Ryuji Takayama telah digunakan oleh perempuan tu untuk membolehkan perempuan tu hidup balik..

punya la berbelet punya cite dan agak tidak masuk akal di situ tapi aku suke penulisan Koji Suzuki...sbb lepas abis satu scene ko akan rasa nak selak jek page yg lain..nak tahu jugak what will happen next..and next..and next..

errrr aku tak pernah abis pon tgk cite 'the ring'
1. sbb asyik la terkejut kejut jek sbb takut
2. cite lembab kot

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails