Pages

nuffnang x

Tuesday, September 15, 2015

Jangan dikecam ibu bekerja mahupun ibu yg duduk di rumah kerana mereka tetap seorang ibu

Lately ramai yang post di FB kebaikan2 ibu yang duduk dirumah sebagai surirumah tangga...saya tak salahkan post puan2 tapi ada baiknya jangan dibandingkan antara ibu yang bekerjaya dengan ibu yang tidak bekerjaya kerana pada zahirnya mereka tetap seorang ibu...

tiada hebat dan tiada yang tidak hebat...bila dia adalah seorang ibu maka masing-masing tetap hebat...lupa kah puan puan sekalian siapa yang menjadi doctor/bidan takala puan-puan sakit nak melahirkan...bukankah doctor perempuan...lupa kah puan-puan sekalian siapa yang bersusah payah mengajar anak puan-puan sehingga dapat mengenal ABC..123..dari bangku sekolah sehingga ke universiti...saya yakin separuh daripadanya adalah guru dan pensyarah perempuan...

kami juga seorang ibu...alhamdulillah saya dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang suami yang sangat memahami...seorang suami yang sanggup berulang alik TM-KL atas dasar cinta katanya...dan tentu sekali kami yang bergelar ibu ini perlu memastikan keperluan anak2 dan suami di rumah...ya dalam pada masa yang sama saya juga mempunyai 200++ orang anak di fakulti...anak didik juga anak bukan...yang mana mungkin salah seorang anak2 ini merupakan anak puan-puan juga...jadi silalah jadi sedikit prihatin...jangan dikecam ibu2 bekerjaya...mereka juga punya hati dan perasaan dalam masa yang sama mereka juga punya tanggungjawab...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails