Pages

nuffnang x

Wednesday, June 13, 2012

Day3 dan Day 4: Bukit Tinggi - Padang - Kuala Lumpur

Hahahha lama gile baru update day 3. Yang sebenarnya saya malas nak upload gamba. Ampunnn..hehehe

Kali ni biarkan gambar bercerita. Entri mungkin agak panjang sedikit sebab nak abiskan Day 3 dan Day 4. Kalau tak mkn ati sume org nnti. Cite dah basi.

breakfast lontong padang. Rasanya lontong ni adalah yang terbaik. Tak sama color dia dgn lontong kita. Tapi sedap sangat. Cuma perut wan jek tak blh masuk lontong ni. Rasanya..pedassss

Packing dan check semua sekali. Sayang la pulak nak tinggalkan rumah ni. Aldi kata kalau datang ke Bukit Tinggi lagi insya allah rumah akan sentiasa menunggu...ewah-ewah..dah macam rumah sendiri la pulook


ni rumah depan rumah penginapan kitaorg. Jgn memain..pokok anggur pon blhl idup subur tau

Kantor wali kota. 

singgalang ke merapi. entah. Tapi kalau tengok bukit dkt sebelah tu blh nampak asap gunung berapi dia

kimi diculik oleh atuk sewaktu mama dgn wan tgh borong kain. 

Kata atuk nak bawak kimi cross jambatan atas tuuu..Jauh tuuuu

Aldi kata masa sekolah-sekolah dulu dia malas belajar. Kalau kena entertain mat salleh dkt cafe ni la dia belajar sikit-sikit bahasa inggeris. Orang indonesia tahap survival dia amatah tinggi. 

Next ke pasar ateh. ni bahagian luar pasar ateh. macam-macam jenis craft ada dekat sni. dh macam dkt bukit kayu hitam dah kalau nengok

yang pakai tudung coklat tu la tuan punya supplier kain sulam. baik kak azni ni. senang deal dgn dia walaupun kita kat m'sia dia di indonesia. nak order kain view sini 

Next singgah wan carikan selipar kimi. Sampai tercabut la kuku nak pakai sandal red tu. Padahal mak abah ko dah blilkan sandal nike lagi tau. Sebab dia kata sandal red ni best mama. sayang nak buang. cet

kimi sibuk mkn biskuat tiger. hahhaha dekat sana nama dia biskuat. Sandal red dah tukar color blue. sekarang ni kalau nak blk tg kimi kata "ma..kalau blk rumah wan baru pakai sandal blue.kalau tak blk rumah wan pakai sandal angry bird ye ma" 

as usual jam gadang. since dah penat, takde la nak posing2 depan jam gadang ni

next...lubang japang. ni la dia ngarai di lubang japang. angin gila punya kuat. katanya ngarai ni dulu laluan lava gunung berapi. angin dia mcm tepi pantai.

ni la ghupanya lubang japang tu. walaupun nampak sempit tp dlm ni rasa sejuk jek. mcm ada aircond. semulajadi gitewwww..turun sume laju. time naik lutut masing-masing dah gegelllll hahahahah

salah satu lorong lubang japang membawa ke lurah yang sangat dalam. siap nampak hakisan lagi. tapi sayangnya lubang japang ni dijaga oleh individu dan bukannya kerajaan indonesia. dalam lubang japang ni satu papan tanda penerangan pon takde. part tu agak sayang sikit la..

kimi sempat pow robot indonnnn

next saya request nak ke aur kuning. lalu jek tp tak turun. nak jugak tengok aur kuning tu macam mana. dekat sini kalau jalan weekend kena hati-hati. banyak pencopet. sila awasi dompet kamu yaa

dari kain sampai lah kemakanan semua ada disini. pssttt..jangan lupa rasa kopok jangek tau..blh luluh jantung.

next ke pandai sikek. sikek tu maksudnya tenun. pandai tenun. mmg chantek pon. tp tak belil kain songket. apak kimi rembat topi jawa ni. pemandangan paidai sikek ni best sgt. nanti saya update satu entry utk pandai sikek punya view. rasa nak tinggal sini jek. time wan sibuk beli jubah pandai sekek kitaorang pulak sibuk masuk kebun dan belakang rumah orang di sini heheheh

Kitaorg ingat dah abis dah tempat nak dituju. tapi ada lagi rupanya. aldi bawak ke perpustakaan adat. dekat sini ada sorang pustakawan yang terangkan secara teperinci pasal adat-adat minang dan semua yang berkaitan minangkabau. den raso cm balek kampung la pulok. pasal adat minang ni nanti saya buat entri lain yer. panjang nak cerita. dan barulah saya tahu kenapa semua harta diberi kepada anak perempuan. ada kisah disebaliknya.

abes penerangan dia bawak melawat kawasan. gamba ni apak kimi kata cam sume nak menari. awatla sume angkat tangan serentak. agogo kaaaaa....

akak baju kuning ni tadi bawak kitaorg sampai bawah rumah. bawah ghumah ni tadaaa...ada pelamin ko...huh sapa nak kawin..jeng..jeng..jeng part ni kelako. you olls blh sewa baju pengantin kat sini. sorang bape hinggit tah aku lupe. tula lambat lagi nk update cite ni. tapi kelakar dari mula sampai abis kitaorg gelak jek sume. atuk warning jangan sesapa upload gamba ni dlm FB. kalau tak kena unfriend sume..kui..kui..cettt..jangan harapla aku nak upload gamba kita org dekat sni..korang blh jamu mata nengok gamba kimi dgn maksu jek hokey. sila jangan memalukan diri sendiri utk upload gamba kat sini. 

kimi tengah bersiap. suke dia..katanya sama dengan baju atuk..ada keris ma..

tada..kimi dengan maksu..punyalah kitaorang gelak sakan. sebenarnya gelakkan diri memasing yang pakai baju pengantin

macam anak raja tak. time ni kimi very sporting. posing sana, posing sini, kejar anak dara sana, kejar anak dara sini..tetttt..si kimi ni berkenan pulak dgn anak akak yang tolong ambikkan gamba ni. tapi time ni bestla kitaorg dtg takde orang lain..jadi takde la memalu nak pakai baju pengantin tuuuu

dari tepi kolam..chantek wa ckp lu

kan..macam istana..terubat la dtg sini..sebabnya istana pagar ruyung tak blh masuh. tgh renovation. bertahun dah tak siap2 lagi.

dan senja baru sampai ke padang. padang jem gile. tak suke. suke bukit tinggi. patut le aldi kata orang bukit tinggi tak suke pegi padang kak. sana panas. ooo. apak kimi request nak tengok lautan hindi. terpaksalah aldi tunaikan. aikk..dulu kat perth tak tengok lautan hindi ke bang..owh dia kata tak sama la pulok..

tapi kat sni saya takut tsunami. aldi kata takde tsunami la akak. cuba tengok tu kalau ada pon tsunami pulau mentawai tu dgn pulau-pulau lain blh kaber..cet..takut jugak.

dan malam pon menjelma. malam terakhir kami di sumatera barat. sepanjang berada di bumi Allah yang satu ni asyik ckp ya allah cantiknya..

dan yang pasti kami mau repeat trip ini.


mlm tu menginap di edo hotel padang. mmg ckp dkt aldi..aldi kamu cari hotel yang jauh dr pantai tau..hahahhah..tp mlm tu angin kuat gile. rasa mcm ribut. dan tiba-tiba elektrik terputus dlm setengah jam. gile la. ingat gempa ke aper. guruh kilat sikit punya kuat. dan blh tak dlm menggelabar tu den tersadung katil sebah nak cari lampu..cettt sebab flight pukul 8 pagi jadinya kena check out pukul 5.30 pagi. walaupun pukul 5.30 edo hotel tu buatkan breakfast utk kami enam orang. waaa..bagus gak service dia ek. ada gak nak layan breakfast customer kul 5.30am ni. nape sume orang membelakangkan camera ni

dari edo nak ke bandara minangkabau jauh gak. 45 menit. tensen gue. tu la kalau korang nak menginap di padang tu budget2 la masa dr hotel nak ke airport. takut terlepas flight jek

kuala lumpur..kami pulanggggg. so far 4 hari trip kira ok lagi. tak rindu KL pon. tapi trip ke perth 7 hari tu rasa rindu sgt2 dkt ghumah hehehe. ce tengok atuk tu..mane lagi le dia nak menyinggah tu

owh atuk singgah kedai buku. dah nak blk baru nak cari peta ke tuk..owh buat kenangan..atuk ade beli buku adat minang.waaa..mcm2 pepatah ada dalam tu tau


bandung best cm ni tak ye? tp kat bandung byk shopping2 jek kan
waaa...sib baik den pilih padang..kalau tak trip tu dh tukar ke medan

















1 comment:

Anonymous said...

teringin jugak nak pergi BT. Berapa kos sewa rumah n transport for 4d3n ngan Aldi ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails