Pages

nuffnang x

Showing posts with label demam campak. Show all posts
Showing posts with label demam campak. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Hari ke tujuh


Hari ke-7 (kimi demam campak..alhamdulillah nampaknya semua campak dh semakin berkurangan dan sembuh..tinggal nk jadi parut jek).
Hari ke- 3 (kimi demam)

mesti tak faham kan.
Hari ni hari ke -7 kimi demam campak sebab masa mula-mula kena tu dia tak demam
Kimi demam pada hari isnin lepas agaknya sebab mandi lebih-lebih sangat kat sungat inki ahad lepas kot.

Tapi hari ni demam dah surut.
Yang tak tahannya dh 2 malam dh dia buatnya bangun pukul 4 pagi.
Terus ambik car dia main ronda-ronda satu rumah.
Siap request dekat mama dan abah suruh pasang ultraman.
Yang sengsaranya kitaorang mana ada CD ultraman.
Kena la pasang kat youtube.
paling lama pon ada la dalam 8 minit jek lepas tu kena click video lain
So paling lama boleh tido 8 minit lepas tu kimi akan kejut kata " ma laie ma..nak ma..men ma.."
Sib baik dia bangun kul 4 jadi boleh la bangun dan terus masak untuk sahur (ganti posa) dan sekaligus buat breakfast utk abah.
Bila dua-dua dh bangun kul 4 around kul 6.30 kimi akan tido balik jadi mama pon akan tido sekali.
Dan part ni yang paling tak best sebab abah pon tido sekali sampai kesiangan nak pegi keje.
Ada ke bangun dh pukul 9.30.
Manager pon gi keje awal tau.
Hopefully malam ni kimi tak buat lagi la dan cepat la kimi baik demam boleh pegi taska balik jumpa kawan-kawan.
Hari ni jek dh bape kali kimi dok intai kawan-kawan dari tepi langsir.
Dh rindu sangat la tu..

Thursday, July 08, 2010

jangan dekat..jangan dekat..saya demam campak

bukan saya la tapi kimi yang demam. Actually takde la demam tapi semalam masa pegi check up kat pusrawi Dr Siti kata ada skit jek demam, mama tak perasan kot. Sejak isnin lagi dh dok musykil sebab lepas sorang..sorang lagi kena demam campak. Dalam hati dh ckp dh..adoi blm baik lagi dh anta anak gi taska. Dari sorang kena terus merebak jadi 3-4-5 orang. Dan pagi semalam masa mandikan kimi mama tengok-tengok tanda luar biasa dekat badan kimi tapi so far tade la pulak sebarang tanda. Then malam semalam masa nak tukar baju kimi mama perasan ada dlm 3 bintik kecil dan 2 bintik air (mcm melepuh). Haper lagi terus le calling..calling Doc yang chek di kampung yer. Kata wan better bawak gi klinik walaupun tak demam nanti melarat lagi teruk.

So lepas dh confirm campak then doc Siti pon bagi la ubat aper yang patut.Pagi ni masa kimi tengah tdo mama pon startlah small research pasal chicken pox.

This is the image..kimi still in the early stage



Tengok yg ni ada air dkt dlm kan. Last year kimi ada kena demam macam ni jugak tapi dia punya rashes lain skit sebab dia takde air. Tapi waktu tu Doc Hisham kata itu pon some sort of demam campak (nama dia mama tak ingat la aper) dan nasihat dia jangan bagi kimi minum air kelapa macam yg selalu dibuat oleh kebanyakan orang sebab normally bila demam kita tak digalakkan utk minum air kelapa sebab nnti buah pinggang akan keluarkan some reaction dengan badan dan menyebabkan badan keluar tanda merah-merah (correct me if i'm wrong...dh tak berapa ingat lagi reason dia tapi cm tu la lebih kurang). mmg air kelapa sangat elok utk diminum terutama utk clear bladder infection tapi sila jangan amalkan masa anda demam yer.

Dari beberapa info biasanya demam campak blh jadi lebih teruk kalau setiap ibu bapa hanya memandang rendah penyakit ini dan ada kes yang boleh membawa maut. Sebagai langkah pencegahan sebab tu masa baby dlm 12 bulan digalakkan utk mengambil suntikan MMR. Tapi ada yang menyatakan suntikan MMR penyumbang utama kepada autisme (tapi yang ni mama tak jumpa kesahihan lagi..yang mama pernah dengar autisme maybe berpunca drp vaksin yg diberikan kepada baby..diulangi may be yer). Kesahihan cerita ini masih lagi diragui.

Tapi tidak semua baby yang dh ambil suntikan MMR adalah imun kepada chicken pox ini. Semuanya bergantung kepada antibodi sendiri. Tapi faktor seperti cara penghasilan vaksin pon perlu diberi penekanan. Tapi untuk kes kimi mmg masa 12 bulan dh diberikan suntikan vaksin MMR.

So far apa yg mama perlu buat adalah monitor jek anak terunaku yg semakin lasak ni. Implikasi penyakit ini adalah:
- demam tinggi (demam beransur sembut bila semua campak dh kuar - alhamdulillah demam kimi mild jek)
- pneumonia (yang ni mama kena monitor lebih sbb last case masa kimi demam kena ambik nebulizer)
- encephalitis
- cirit birit

Insya allah lepas semua ruam dh keluar maka kimi akan beransur sihat..amin..hopefully cepatla semuanya kuar..dalam tengah nak jaga kimi tak nak bagi dia panas-panas takut miang/gatal-gatal jadi mama pon pakaikan lah kimi singlet tapi boleh pulak dia request nk pakai baju ada kolar la bagai..usih kalau menyemat bagi la kat dia..tak macam orang sakit dh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails