Pages

nuffnang x

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Wrapped chicken + white sauce recipe

Ini adalah antara menu diet apak kimi

Bahan2
1. Tali...jangan pakai tali rapia (nnti lebur dlm kuali)..jangan pakai benang..aku takut kecut jek..jadi sila pakai tali cotton..pegi kedai buku cari tali yg ikat parcel atau tali cotton nama dia..ala yg color putih tu.
2. chicken breast..3 gulung ni guna 2 chicken breast jek...
3. lada sulah
4. lada hitam
5. garam

1. chicken breast tu kena potong nipis jadi fillet..ye tau susah kalau tercerai pon takpe nnti kita topup masa ikat..tapi kalau blh biar dia besar dan potong kemas (blh refer mana video youtube http://www.youtube.com/watch?v=N4nbSNp4CO4)

2. bentang chicken breast tu besar2...letak garam (agak2 jek la), lada sulah n lada hitam..dah rata semuakan..letak chicken meatloaf lepas tu letak cheese slice....

3. aper lagi wrapped la..mcm kek gulung tu..wrapped chantek..chantek kemas2..

4. ikat guna tali tadik

5. bakar dlm oven atau guna jek pemanggang ajaib tak pon goreng atas api..



white sauce 
1. 1 sudu mentega
2. 3/4 susu cair HL (low fatnye..kata nak diet)
3. bawang putih
4. 3 keju cheddar
5. rosemary/thyme aku belasah jek letak parsley
6. garam

masukkan butter dah cair tumis bawang putih dah naik bau letak susu, lepas tu letak cheese dan last sekali letak garam. kacau smp pekat..dia mmg kekadang tak nampak pekat tapi bila dah sejuk dia akan pekat..

*kalau bukan time diet blh letak tepung lepas tumis bawang..lepas tu baru follow step seterusnya


tada..inilah hasilnya...katanya sedap tapi mcm biasalah..tukang masak tak makan makanan yg dimasak sendiri..setakat masakkan utk org blh la

Tuesday, August 20, 2013

Tilapia fillet +tartar sauce recipe

ni 1st time aku fillet ikan sendiri..biasa beli dory jek kat tesco tapi isi dory kan tawar hambar..aku part ni mmg cerewet..jadi aku beli la tilapia dkt kedai achih depan umah ella wrock..mahal nam mamp** sekilo ikan RM11 aku terkedu dkt stu..tiga ekor talapia merah 12 hinggit elloooooooo...rasa mau jadi  nelayan tangkap ikan kejap


cara fillet ikan blh tgk youtube

emak kata "betul ke nak guna pisau ayah ni karang potong tangan plak ti"
*alahai anak omak ni dh 32 tahun bukan ea 12 tahun...(tapi tak berani menderhaka sbb pisau fillet tu mmg tajam pong)

finally aku tak terpotong tangan tapi tangan ni berdarah gak la dua kali sbb terkena sirip ikan...

tilapia fillet
3 ekor tilapia
setengah cawan tepung gandum
parsley
lada sulah
garam

1. fillet ikan mcm dlm youtube tu..basuh kasik ilang bau

2. dah basuh taburkan lada sulah, garam dan parsley atas ikan..pusing ikan tabur plak bahan2 tadik dkt bahagian sebelah ikan yang tak kena tu

3. dah ready nak panggang/goreng letak atas tepungn gandum..ha macam ko bedak2kan skit ikan tu..dah kena tepung ko letak la atas pemanggang ajaib..takde pemanggang ajaib ko pakai le non stick pan..takde gak ko masuk la dalam oven

4. bakar/goreng smp masak..jgn overcooked dah garing skit kulit dia blh angkat..angkat

tartar sauce
1/2 cawan mayonnaise 
3 sudu bawang
2 sudu sweet relish (yang ni haku tak letak..sweet relish kat tg malim ni mano nak carikkan..takpe next week aku buat sendiri..nnti kita share recipe)
skit garam
1/4 cawan buttermilk
skit perahan lemon

campurkan semua sekali dan kacau sampai sebati

*untuk buttermilk aku gunakan susu HL lepas tu campur dengan sesudu perahan lemon..biarkan kejap dlm 10 minit (tp aku biar 3 minit jek..nak cepat..udah capek di dapur)

setapppp..mcm kat The Manhattan Fish Market

Friday, August 16, 2013

Salad + garlic dressing recipe

Yang ni lagi senang..ko gi kedai cari la memana daun hijau yg boleh dimakan terus..janji tak pahit...


garlic dressing
*dressing ni blh pakai dua kali

3 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
3 sudu minyak zaitun (aku hentam jek minyak masak...janji minyak hahahah)
3 sudu lemon (yg ni terbubuh extra jadi aku balancekan dgn gula)
secubit garam 
5 sudu air masak (atau ikut cita rasa korang la)

gaulkan semua sekali dlm satu bekas..kaco dan kaco smp sebati lepas tu letak atas salad tadi dan gaul dan gaul lagi 

Devilled egg

Senang je membuatnya...kimi sgt suka devilled egg ni..tapi agak comot skit sbb piping bag dan nozle aku ilang...jadi guna bag bungkus ikan cm kat tesco tu jek


3 biji telur 
parsley
garam
mayonnaise
bawang
lada sulah

1. rebus telur kasi masak. Belah dua..kuning mesti sama rata..kalau tak telur ko tak balance senget sebelah nnti 

2. korek kuning telur kasi keluar..gaulkan semua bahan2 tadi..mayo, garam, lada sulah, bawang n parsley..masa ni ko adjust la skit..kalau kurang masin tambah la garam dan seterusnya..bila rasa dah setappp..ko guna pipping bag isi kan balik dekat bahagian kuning tadikkk..

3. deco la skit tabur parsley..tapi kalau ada chilies flakes lagi setap kan...tp nnti kimi plak tak mkn 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails