Pages

nuffnang x

Wednesday, April 28, 2010

akibat kegagalan utk menghentikan kereta..seorang bdk sek 15 thn ditembak..wajar ke??

atoyis wrote:

wajar ker..akibat kegagalan untuk mengehentikan kenderaan utk diperiksa..akhhirnya seorang budak 15 tahun ditembak mati oleh seorang anggota peronda..

so far aku tak tau la pulak yg mana betul yg mana salah..tp secara logiknya..kalau la aku budak 15 tahun dan aku memandu tanpa lesen lalu dikejar pulak oleh kereta polis (MPV) lagi la aku takut kan..daripada free..free jek kena marah + makin hamun + tido lokap mestilah bdk tu pon rasa benda yg sama..dlm keadaan ketakutan maka semuanya lari dengan cara memecut kenderaan..tu apa yg aku pikir la..bukannya budak2 ni sah2 mengedar dadah ke hapa ke..atau polis nampak derang baru proses dadah ke..then barulah ko decide nk tembak sampai mati..kalau cm tu tembak jek la sampai mati semua mat2 rempit yg cuba lari masa sekatan jln raya dijalankan tu..

berita harian wrote:

SHAH ALAM: "Saya yang lahirkan dia, saya yang besarkan dia dan sekarang saya mahu membersihkan namanya pula," rintih Norsiah Mohamad, 60, ibu kepada Aminulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, di sini, kelmarin. Beliau mendakwa anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak terbabit dalam aktiviti jenayah seperti dilaporkan media."Arwah Amirul seorang anak yang manja, tak mungkin dia terbabit dalam kegiatan jenayah.“Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya pada sidang media berhubung kes itu di rumahnya, di sini, semalam. Norsiah, seorang ibu tunggal sehubungan itu meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi mencari keadilan.  Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya. 
picture taken from berita harian [28 april 2010]

4 comments:

Hanil said...

brani ke saman polis~

Farhana said...

susah nak kata... kalu bole saman... nti pun gugur gak saman tu... mungkin sogokan... dan macam2... macam tak tau keadaan skang camne... :(

atoyissan said...

polis blh saman ker..dunia kan dh tonggang terbalik..apa2 pon blh jadi sekarang ni..yg penting buat siasatan tp tu pon tak blh pakai melainkan ko der kabel yg BESAR PUNYA..

FCUTEAM said...

i hate that police... tak pernah-pernah tembak mat rempit, ni nak tembak kereta... adoi... ingat robot ke yang pandu... baik jangan jadi polis kalau nak main pistol.. hish..




baca i punya entry gak ye.. klik bertubi-tubi kat sini >>BAGAIMANA NAK JADI BLOGGER YANG DIKENALI RAMAI DENGAN BERKESAN !



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails