Pages

nuffnang x

Wednesday, April 21, 2010

Anne di ambang perpisahan..

pic taken from kosmo


Harian Metro wrote:

KUALA LUMPUR: Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.
Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.
“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.
Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.
Atoyis wrote: 


Memula tu mcm tak percaya..lepas tanya pak google betul la tu..hmm tak blh nk cakap per..ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan..walaupun dlu aku adalah orang yg paling tegas menghalang poligami..dan juga isu cerai berai ni tp sekarang..anggap jek la yg mereka itu tak der jodoh lagi..cm dh tua matang jek bunyinyer..mesti mereka ada sebab yg tersendiri kenapa perlunya penceraian..nobody perfect..tepuk dada tanya selera (dh mcm karam sink walia la pulak)..dan kepada incik toy..i still luv u bi (tau takder kaitan ngee..)




1 comment:

Mimy Hamid said...

ini la namanya manusia merancang Allah menentukan..tapi kita kena amik iktibar setiap aspek..caiyok..doa kebahagiaan berkekalan pentingg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails